DUA peniaga mata wang maya, bitcoin, di Amerika telah didakwa atas tuduhan memindahkan wang haram dengan membantu pengedar dadah menukar wang tunai bernilai AS$1 juta ($1.28 juta) kepada bitcoin.
Pendakwaraya federal di New York semalam berkata bahawa tertuduh - Charlie Shrem, 24 tahun, dan Robert Faiella, 52 tahun - telah cuba menjual mata wang maya bernilai AS$1 juta itu kepada para pengguna laman web pasaran gelap, Silk Road, yang sudah ditutup pihak berkuasa September lalu.