PENGAMAT meramalkan kadar faedah di Malaysia akan diturunkan lagi, ekoran ekonomi yang terus lembap dan permintaan domestik yang lemah. Namun beberapa pengamat tidak menjangka ini akan menjejas nilai ringgit, malah akan mengukuhkan lagi mata wang itu.
Minggu lalu, gabenor baru bank pusat negara itu mengejutkan ramai dengan menurunkan kadar faedah atau kos meminjam, buat kali pertama dalam masa tujuh tahun kepada 3 peratus.