Dulu pandu sepenuh masa, kini secara sambilan saja, Berita Ekonomi & Kerja - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja0

Dulu pandu sepenuh masa, kini secara sambilan saja

Jun 28, 2018 | 05:30 AM

SETELAH hampir dua tahun memandu sepenuh masa dengan syarikat Uber, Cik Siti Nurashika Mohd Ali kini memilih beralih kepada memandu sambilan.

Ini sedang beliau masih lagi menyesuaikan diri dengan sistem kerja dan insentif pemandu di syarikat Grab, yang mengambil alih Uber.

Cik Siti Nurashika, 36 tahun, berkata beliau memutuskan untuk memulangkan kereta sewa yang digunakan sebelum ini kepada Lion City Rentals (LCR) dan berkongsi kos sewa dengan seorang rakan pemandu lain.

Katanya, beliau tetap menghargai fleksibiliti yang ditawarkan di bawah Grab tetapi beliau mendapati pendapatan yang diraih tidak menentu kerana perlu sesuaikan matlamatnya dengan insentif yang diberikan syarikat itu.

Buat masa ini, beliau memandu bergilir-gilir dengan seorang teman pemandu lain.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Seperti sebelumnya, ibu tiga anak itu masih menyewa kereta daripada LCR, yang sebelum ini merupakan rakan sewa kereta eksklusif Uber.

"Perubahan paling ketara ialah struktur insentif ditawarkan Grab, yang secara langsungnya menjejas keupayaan pemandu seperti saya dalam membayar sewa.

"Dari segi sudut tertentu, komisyen ditawarkan Grab adalah lebih rendah daripada Uber. Misalnya, Grab memberi insentif dengan kriteria tertentu seperti perlu menerima sekurang-kurangnya 90 peratus daripada tugasan yang ditawarkan dan kadar pembatalan tidak boleh melebihi 10 peratus daripada seluruh minggu itu.

"Jadi saya sebagai pemandu harus merancang perjalanan dengan bijak. Ini juga bermakna pendapatan saya juga terjejas kalau berbanding sebelum ini," ujar beliau.

Menurut beliau, pada mulanya memandu dengan Grab empat bulan lalu, Cik Siti Nurashika berdepan dengan cabaran membayar sewa keretanya.

"Pendapatan saya tidak sama seperti dulu sebab cara bekerja dan mendapatkan insentif berbeza. Jadi agak mencabar bagi bayar sewa lantas saya hampir berhenti memandu dan mencari pekerjaan sepenuh masa.

"Tetapi mujur Lion City Rentals juga bertimbang rasa dan beri sokongan. Jadi apabila seorang teman menawarkan saya menjadi pemandu gantian, saya terima sahaja kerana masih ada juga pendapatan sementara cari peluang kerja lain," tambahnya.


"Pendapatan saya tidak sama seperti dulu sebab cara bekerja dan mendapatkan insentif berbeza. Jadi agak mencabar bagi bayar sewa lantas saya hampir berhenti memandu dan mencari pekerjaan sepenuh masa. Tetapi mujur Lion City Rentals juga bertimbang rasa dan beri sokongan. Jadi apabila seorang teman menawarkan saya menjadi pemandu gantian, saya terima sahaja kerana masih ada juga pendapatan sementara cari peluang kerja lain."
- Cik Siti Nurashika Mohd Ali kini memilih beralih kepada memandu sambilan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map