EDB sasar pelaburan $8-$10b, wujud 16,000-18,000 pekerjaan tahun ini
Garis 5 tumpuan ekon termasuk jadi pusat digital
Feb 15, 2019 | 05:30 AM
LEMBAGA Kemajuan Ekonomi (EDB) telah menggariskan lima tumpuan utama bagi menarik pelaburan ke Singapura tahun ini setelah negara ini mendapatkan jumlah pelaburan melebihi sasaran tahun lalu.
Tahun ini, EDB menyasarkan untuk menarik pelaburan aset tetap (FAI) sebanyak $8-$10 bilion dan perbelanjaan perniagaan sebanyak $5-7 bilion tahun ini, yang boleh mewujudkan pekerjaan sebanyak 16,000 hingga 18,000.