PELABUHAN KLANG: Ekonomi Malaysia diunjurkan mencapai pertumbuhan antara 4.0 hingga 4.5 peratus bagi keseluruhan tahun ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Datuk Mustapa berkata biarpun unjuran itu lebih rendah berbanding 5 peratus pada tahun lalu dan 6 peratus pada 2014, prestasi negara berada di landasan kukuh dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu.