Ekon S'pura tumbuh 3.2% tahun lalu selepas suku keempat tumbuh lebih rendah

EKONOMI Singapura tumbuh 3.2 peratus tahun lalu, lebih rendah dari ramalan awal selepas kelemahan pertumbuhan suku keempat tahun lalu.

Prestasi itu adalah lebih rendah dari perangkaan awal sebanyak 3.3 peratus diumumkan sebelum ini dan pertumbuhan 3.9 peratus dicapai pada 2017, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Ekonomi suku keempat dari Oktober hingga Disember tumbuh 1.9 peratus pada suku keempat tahun lalu, pertumbuhan suku tahunan paling rendah sejak 1.2 peratus pada suku keempat 2016.

Tahun ini, MTI meramalkan ekonomi tumbuh 1.5 hingga 3.5 peratus.

Ketidaktentuan akibat konflik dagangan Amerika Syarikat dan China, kelemahan ekonomi China, serta kemungkinan Britain akan keluar dari Kesatuan Eropah (EU) tanpa perjanjian pengeluaran merupakan risiko yang boleh menjejas ekonomi, menurut Setiausaha Tetap MTI, Encik Loh Khum Yean.

Risiko itu boleh menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan dan menjejas rentak pertumbuhan tahun ini berbanding 2018.

Dari segi sektor, perkilangan akan tumbuh lebih perlahan, terutama elektronik dan kejuruteraan jitu, yang akan terjejas disebabkan permintaan semikonduktor sejagat yang lebih rendah.

Sektor khidmat berorientasi luaran seperti dagangan borong, pengangkutan dan penyimpanan, serta kewangan dan insurans akan juga tumbuh lebih perlahan,

Namun, pertumbuhan lebih kukuh bagi maklumat dan komunikasi, pendidikan, kesihatan dan khidmat sosial akan tumbuh lebih kukuh.

Sektor binaan dijangka pulih selepas menguncup selama tiga suku tahunan selepas terdapat pemulihan dalam kontrak yang diberikan sejak separuh kedua 2017.

"Mengambil kira sekitaran ekonomi domestik dan sejagat, pertumbuhan GDP tahun ini dikekalkan pada 1.5 hingga 3.5 peratus,'' tambah Encik Loh.

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:15
Isyak
8:24
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.