Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Ekon S'pura tumbuh 3.9% pada suku kedua 2018, pertumbuhan separuh kedua lebih perlahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekon S'pura tumbuh 3.9% pada suku kedua 2018, pertumbuhan separuh kedua lebih perlahan

Aug 13, 2018 | 09:31 AM



EKONOMI Singapura diramal tumbuh perlahan pada separuh kedua tahun ini tetapi pemerintah mengekalkan pertumbuhan ekonomi sepanjang tahun ini sebanyak 2.5 hingga 3.5 peratus, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) tumbuh 3.9 peratus pada suku kedua tahun ini dari April hingga Jun, berbanding pertumbuhan 4.5 peratus pada suku pertama.



Pertumbuhan suku kedua didorong oleh sektor perkilangan, kewangan dan insurans, dagangan borong dan khidmat perniagaan.



Bagi separuh kedua tahun ini, pertumbuhan akan terus didorong oleh sektor perkilangan dan sektor khidmat berorientasi domestik seperti runcit dan khidmat makanan. Namun, sektor binaan akan terus lemah sepanjang tahun ini.



Ekonomi Singapura juga menghadapi risiko ketidaktentuan konflik dagangan akibat langkah tindak balas kenaikan tarif Amerika Syarikat terhadap produk China, Kesatuan Eropah dan rakan dagangan utama Amerika yang lain.



Jika ia bertambah buruk, ia akan menjejas perniagaan sejagat dan keyakinan pengguna, lantas mengurangkan aliran dagangan sejagat, kata Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Loh Khum Yean, dalam sidang akhbar bagi mengumumkan prestasi ekonomi Singapura bagi suku kedua pagi tadi.



Satu lagi risiko ialah ketidaktentuan pasaran kewangan akibat aliran keluar modal dari pasaran berkembang di rantau ini terutama yang mempunyai tahap hutang yang tinggi. Ini boleh berlaku apabila inflasi Amerika meningkat dan perbelanjaan berkurangan.



Mengambil kira faktor itu, MTI mengekalkan pertumbuhan GDP sebanyak 2.5-3.5 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >