Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Daripada pustakawan jadi jurutera bateri pesawat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Daripada pustakawan jadi jurutera bateri pesawat

Mar 11, 2018 | 05:30 AM



Industri aeroangkasa menawarkan banyak peluang pekerjaan menarik kepada pekerja setempat. Malah, Perancangan Perubahan Industri (ITM) Aeroangkasa dijangka menghasilkan 1,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Apakah pekerjaan yang ditawarkan dalam industri itu? NORHAIZA HASHIM (norhaiza@sph.com.sg) menemu ramah dua pekerja yang meningkatkan kemahiran mereka bagi menembusi industri ini.



SEBELUM teknologi maklumat (IT) digunakan bagi menyimpan buku-buku manual aeroangkasa, Encik Mohamed Emran Osman, seorang pustakawan, bertanggungjawab menjaga dan mengemaskini lebih 4,000 buku teknikal sistem aeroangkasa yang terdapat di perpustakaan sebuah syarikat penerbangan di sini.



Kerjaya itu, yang merupakan pekerjaannya yang pertama selepas tamat peperiksaan GCE Peringkat 'O', membolehkan beliau membaca maklumat-maklumat teknikal saban hari perihal selok-belok pengurusan sistem aeroangkasa.



Dengan pengetahuan yang ditimba dalam kerjaya itu secara tidak langsung, Encik Emran meningkatkan kemahirannya sehingga berjaya menaiki tangga kerjaya hingga berupaya menjadi jurutera kanan sebuah syarikat yang menyediakan khidmat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), Hawker Pacific Asia.



Kini, Encik Emran, 54 tahun, merupakan antara segelintir karyawan dalam industri aeroangkasa di Singapura yang mahir dalam penyenggaraan dan pembaikan bateri pesawat.



Beliau juga mempunyai lesen untuk meluluskan penggunaan bateri di dalam pesawat diluluskan oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura (Caas), Pentadbiran Penerbangan Federal (FAA) dari Amerika Syarikat, Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (Easa) dan Penguasa Keselamatan Penerbangan Awam (Casa).



"Semasa saya mula menyertai industri penerbangan 23 tahun lalu, tugas menyimpan buku teknikal sistem penerbangan dilakukan secara manual. Setiap kali garis panduan dikemaskini, saya perlu menukarnya di dalam buku panduan itu sehingga saya belajar sistem itu secara tidak langsung. Apabila saya menyertai sebuah syarikat baru, syarikat itu memberikan saya peluang menjadi teknisyen penyenggaraan bateri pesawat. Saya dihantar menjalani latihan dan menduduki peperiksaan hingga menjadi jurutera bertauliah yang dapat memberikan kelulusan bagi bateri itu digunakan di dalam pesawat,'' kata Encik Emran.



Apabila Hawker Pacific Asia ingin mendirikan sebuah bengkel bateri, Encik Emran disunting menyertai syarikat itu enam tahun lalu untuk menubuhkan bengkel bateri itu kerana kepakarannya dalam bidang tersebut.



Setiap pesawat mempunyai dua bateri yang dipasang sebagai ciri keselamatan jika enjin pesawat rosak atau tidak dapat digunakan.



Apabila pesawat mendarat, bateri itu akan diperiksa, diperbaiki dan dicaj sebelum diluluskan oleh beliau sebagai selamat digunakan di dalam pesawat.



"Kami tidak hanya memeriksa dan membaiki bateri pesawat yang menggunakan khidmat MRO kami. Ada kalanya syarikat MRO lain juga menghantar bateri mereka ke bengkel kami. Malah, saya pernah menerima bateri dari Korea Selatan untuk dibaik pulih,'' katanya, yang ditemui di bengkel bateri Hawker Pacific yang terletak di kemudahan syarikat itu di Taman Aeroangkasa Seletar.



Bagi mengongsi kepakarannya dalam bidang itu, Encik Emran juga ditugaskan melatih jurutera Hawker Pacific di cabangcabangnya di luar negara di Hongkong dan Malaysia.



Dengan teknologi yang sentiasa berubah, beliau perlu meningkatkan diri supaya kekal relevan.



Malah, beliau juga dihantar syarikatnya untuk menjalani latihan di Amerika bagi mempelajari penggunaan bateri lithium di dalam pesawat.



"Jika kita gemar sesuatu bidang, ia tidak akan menghalang kita agar terus belajar mendalami bidang itu. Motivasi diri itu datang dengan sendirinya,'' tambah Encik Emran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >