Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Ekonomi AS, dunia diramal tumbuh lebih baik pada 2017

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekonomi AS, dunia diramal tumbuh lebih baik pada 2017

Jan 06, 2017 | 09:32 AM



EKONOMI Amerika Syarikat lebih kukuh, pemulihan sektor perkilangan dan jangkaan inflasi lebih tinggi adalah tanda-tanda awal bahawa 2017 mungkin lebih cerah bagi ekonomi dunia, menurut beberapa ahli ekonomi.



Meskipun prospek kelihatan kurang suram sedikit daripada 2016, pertumbuhan global dijangka kekal sederhana pada keseluruhannya.



"Sedang kita menuju ke tahun 2017, ada banyak sebab untuk melihat prospek dengan rasa gementar berbeza," kata satu laporan daripada HSBC Global Research.



Dunia sedang memerhatikan apakah bakal presiden Amerika, Encik Donald Trump, akan melaksana retorik antiperdagangan yang dilaungnya semasa berkempen dan terdapat kebimbangan mengenai bagaimana gerakan populisme yang semakin meningkat akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya zon euro utama, kata laporan itu.



Britain juga menghadapi ketidaktentuan ketara berkaitan rundingan Brexit dan pasaran baru muncul yang mempunyai paras hutang tinggi perlu bergelut dengan kenaikan kadar faedah dan kejatuhan mata wang.



Ini "memberi sebab nyata untuk bimbang", tetapi ada beberapa perkara cerah, ujar laporan itu.



Indeks Pengurus Pembelian Global - penunjuk kegiatan perkilangan - kini berada di paras tertinggi dalam tempoh lebih setahun.



Ekonomi Amerika cukup teguh hingga Rizab Federal baru menaikkan kadar faedah, hanya kenaikan kedua dalam dekad ini.



Ahli ekonomi melihat ini sebagai satu tanda keyakinan Fed dalam ekonomi Amerika yang lebih kukuh, yang boleh membantu meningkatkan pertumbuhan global.



China juga kekal berdaya tahan, melawan kebimbangan pasaran kewangan pada awal tahun lepas.



"Semua itu menjelaskan mengapa suku ini kami boleh menawarkan keseronokan yang jarang berlaku: Buat pertama kali sejak awal tahun 2012, kami meningkatkan ramalan kami untuk kedua-duanya, pertumbuhan global dan inflasi, bagi dua tahun akan datang," tambah laporan HSBC itu.



"Malangnya, ia masih sebuah dunia di mana pertumbuhan global dijangka berlegar sekitar kadar pertumbuhan tidak berapa baik beberapa tahun lalu."



Ahli ekonomi terkemuka Oxford Adam Slater bersetuju pertumbuhan ekonomi global harus meningkat tahun ini, meskipun sederhana.



"Walaupun kita menjangka pertumbuhan ekonomi dunia meningkat kepada 2.6 peratus pada 2017 daripada 2.2 peratus pada 2016... banyak faktor yang menyokong pertumbuhan agak perlahan ekonomi dunia sejak krisis kewangan global masih kekal," katanya.



Faktor-faktor itu termasuk pelaburan dan perdagangan dunia lembap, pertumbuhan produktiviti lemah, kelemahan demografi dan usaha penyusunan semula ekonomi China.



"Buat masa ini, terlalu banyak bahagian sedang bergerak jadi sukar meramal dengan lebih tepat prospek pertumbuhan dan pasaran bagi Asia," kata laporan OCBC itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >