Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Ekonomi global akan pulih "sangat lambat"

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekonomi global akan pulih "sangat lambat"

May 19, 2020 | 01:30 PM



EKONOMI global akan menyaksikan pemulihan "yang sangat lambat" daripada kesan Covid-19, mengambil masa dua hingga tiga tahun sebelum mencapai tahap pra-koronavirus, menurut catatan penyelidikan dari IHS Markit yang dikeluarkan hari ini.



Ketua ekonominya, Encik Nariman Behravesh, dan pengarah eksekutif ekonomi global, Cik Sara Johnson, mengatakan ekonomi global kini berada di tengah-tengah kemerosotan terburuknya sejak tahun 1930-an.



Mereka mengunjurkan hasil dalam negara kasar akan turun 5.5 peratus tahun ini - lebih daripada tiga kali ganda penguncupan ekonomi selepas Krisis Kewangan Global pada tahun 2009.



Berdasarkan perbandingan dengan penurunan 33.8 peratus pada suku tahun bagi GDP sebenar China pada suku pertama tahun ini - satu rekod kadar tahunan - IHS Markit menganggarkan GDP sebenar AS mencapai rekod junaman 36.5 peratus atau lebih, pada suku kedua tahun ini, pulih sedikit pada suku berikutnya.



Ramalan tersebut didasarkan pada andaian bahawa dunia akan mula kembali "normal" secara perlahan pada tahun yang akan datang, dengan jangkitan global yang baru memuncak di penghujung musim panas.



Pelonggaran pada perintah berkurung secara beransur-ansur hingga musim panas dan musim luruh, dan vaksin Covid-19 yang berkesan dan banyak ditawarkan tidak tersedia sehingga akhir 2021 atau awal 2022, merupakan antara sebabnya, kata nota penyelidikan itu. - The Business Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >