Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Penerbit radio SPH bertubuh kecil, berperanan besar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Penerbit radio SPH bertubuh kecil, berperanan besar

Mar 31, 2018 | 05:30 AM



PEPATAH 'kecil-kecil cili padi' memang sesuai dikaitkan dengan penerbit Money FM 89.3, Cik Nadirah Zaidi, dalam menjalankan tugasan hariannya.



Gadis periang setinggi 1.5 meter itu merupakan penerbit bagi rancangan The Breakfast Huddle yang dihoskan Elliott Danker dan Yasmin Jonkers setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi.



Sebelum ini, beliau juga salah seorang yang bertanggungjawab memainkan peranan di sebalik persiapan penubuhan stesen radio itu - beberapa bulan sebelum ia dilancarkan pada 29 Januari lalu.



Bukan itu sahaja. Anak bongsu dua beradik itu juga pernah terlibat sama dalam persiapan penubuhan Kiss92 FM sebelum ia dilancarkan pada 3 Septembar 2012.



Kededuanya merupakan stesen radio milik SPH Radio.



"Radio merupakan minat saya sejak kecil lagi. Memang saya petah dan suka berbual juga. Mungkin kerana minat dengar radio.



"Mungkin itulah ciri-ciri yang mendorong saya menceburi bidang ini," kata lulusan Universiti RMIT jurusan perhubungan itu lagi.



Ternyata beliau petah berbual dengan suaranya lebih lantang di sebalik tubuhnya yang kecil, semasa ditemuramah wartawan.



Kini sebagai penerbit, beliau perlu menyediakan program harian bagi rancangan pagi itu.



Ini termasuk menentukan tetamu jemputan yang akan ditemu ramah serta menetapkan topik yang akan dibincangkan, selain memastikan perbualan penyampai mengikut hala tuju yang telah ditentukan pada pagi tersebut.



"Tambahan, saya perlu sentiasa peka akan perubahan atau kejadian terkini terutamanya tentang isu kewangan.



"Apabila ini berlaku, saya perlu buat perubahan mendadak dan menyampaikannya kepada penyampai.



"Jika tidak, saya sendiri yang akan membuat penyampaian itu secara langsung ke udara," tambahnya yang juga pernah menjadi penerbit selama empat tahun bersama stesen Kiss92 FM sebelum melanjutkan pengajiannya ke universiti.



Salah seorang penyampai The Breakfast Huddle, Cik Yasmin Jonkers, berkata kehadiran penerbit seperti Cik Nadirah di stesen itu ternyata aset penting dalam memastikan kelancaran program kendalian beliau dan rakannya setiap pagi.



"Berbanding dengan stesen radio muzik yang pernah saya kendalikan sebelum ini di mana saya juga penyampai dan penerbit, stesen Money FM 89.3 perlu mempunyai penerbit yang mampu bekerja rapat dengan penyampai.



"Ia lebih 'berat' daripada stesen muzik biasa, justeru banyak perbualan yang berlangsung.



"Maka sebab itu penerbit yang dapat bekerjasama rapat dengan penyampai seperti Nadirah diperlukan bagi mengelakkan kami 'terpesong' daripada topik yang sepatutnya dibincangkan pagi itu," jelasnya.



Cik Yasmin Jonkers atau nama sebenarnya Yasmin Abdol Hamid, 44 tahun, telah terlibat dalam dunia penyiaran sejak 20 tahun lalu dan sebelum ini pernah menjadi penyampai di beberapa stesen radio muzik setempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >