Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

'Perang' dagangan AS-China, kenaikan kadar faedah boleh jejas ekonomi S'pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

EKONOMI

'Perang' dagangan AS-China, kenaikan kadar faedah boleh jejas ekonomi S'pura

Dec 24, 2018 | 05:30 AM



KETIDAKTENTUAN seperti 'perang' dagangan Amerika Syarikat dengan China dan kenaikan kadar faedah dijangka menjadi faktor yang boleh menjejas ekonomi Singapura tahun depan.



Pakar ekonomi yang ditinjau Berita Harian (BH) meramalkan ekonomi tahun depan lebih rendah daripada tahun ini.



DBS, bank terbesar di Singapura, menjangkakan ekonomi negara tumbuh 3 peratus tahun depan, daripada 3.4 peratus tahun ini.



UOB pula meramalkan ekonomi Singapura tumbuh 2.5 tahun depan daripada 3.4 peratus tahun ini, manakala Maybank meramalkan ekonomi Singapura akan tumbuh 2.2 peratus tahun depan daripada 3.2 peratus tahun ini.



Ramalan rasmi Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) bagi ekonomi Singapura tahun depan ialah pertumbuhan 1.5 peratus hingga 3.5 peratus.



Tahun ini, ramalan rasmi pertumbuhan ekonomi MTI ialah 3 peratus hingga 3.5 peratus.



Mengulas mengenai prospek ekonomi tahun depan, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, Encik Saktiandi Supaat, berkata 'perang' dagangan Amerika-China dan keadaan pasaran kewangan yang lebih ketat disebabkan kenaikan kadar faedah Lembaga Simpanan Federal Amerika, boleh menjejas ekonomi Singapura.



"Bagi perang dagangan Amerika Syarikat dan China, satu perkara yang boleh berlaku ialah 'genjatan' dagang bagi tarif tetapi kami jangkakan perang dagangan akan diluaskan kepada langkah bukan tarif, termasuk kawalan eksport dan sekatan pelaburan. Ekonomi Singapura akan juga terjejas oleh kelembapan perkilangan dan khidmat berkaitan dagangan,'' kata Encik Saktiandi, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh.



Perkilangan dijangka menguncup selama beberapa bulan dalam separuh pertama tahun depan sedang perkilangan elektronik lemah dan terganggu oleh perang dagangan dan pertumbuhan sejagat lebih lemah, tambahnya.



Pakar ekonomi DBS, Encik Irvin Seah, pula menjangkakan lebih banyak kenaikan kadar faedah Lembaga Simpanan Federal Amerika tahun depan yang akan mempengaruhi risiko harga pasaran kewangan, lantas menjejas sentimen perniagaan dan keyakinan pelabur.



"Dengan perkara ini dalam minda, kami akan melihat rentak ekonomi dengan terus menyederhana bagi dua tahun mendatang,'' kata Encik Seah.



Walaupun tahun depan dijangka menjadi tahun mencabar buat Singapura, pakar ekonomi daripada Bank of America Merrill Lynch, Encik Mohamed Faiz Nagutha, berkata krisis dijangka tidak akan berlaku.



"Sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, Singapura akan terjejas dengan kelembapan ekonomi sejagat tetapi asas domestik dan dasar yang kukuh akan menyokong dan membantunya mengharungi cabaran itu,'' katanya, dalam laporan.



Secara keseluruhan, beliau berkata beliau mempunyai prospek optimis bagi Singapura tetapi risikonya lebih menyondong ke bawah.



Beberapa sektor yang menguncup tahun ini dijangka berubah hala tahun depan, seperti sektor binaan yang dijangka tumbuh tahun depan.



Inflasi yang diimport akan menjejas tekanan inflasi bagi suku-suku mendatang disebabkan kenaikan harga minyak dan makanan sejagat.



"Pasaran buruh Singapura yang bertambah baik, akan mendorong pertumbuhan gaji tahun depan dan menyebabkan tekanan inflasi lebih tinggi terutama dalam sektor perkhidmatan,'' kata kumpulan penyelidikan bank ANZ.



Kadar inflasi secara keseluruhan dijangka meningkat berganda daripada 0.5 peratus pada tahun ini, ramal Penguasa Kewangan Singapura (MAS).




"Bagi perang dagangan Amerika Syarikat dan China, satu perkara yang boleh berlaku ialah 'genjatan' dagang bagi tarif tetapi kami jangkakan perang dagangan akan diluaskan kepada langkah bukan tarif, termasuk kawalan eksport dan sekatan pelaburan. Ekonomi Singapura akan juga terjejas oleh kelembapan perkilangan dan khidmat berkaitan dagangan."
- Encik Saktiandi Supaat, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh.



"Sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, Singapura akan terjejas dengan kelembapan ekonomi sejagat tetapi asas domestik dan dasar yang kukuh akan menyokong dan membantunya mengharungi cabaran itu.''
- Encik Mohamed Faiz Nagutha, pakar ekonomi daripada Bank of America Merrill Lynch.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >