Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ekonomi Singapura tumbuh lebih kukuh 2% tahun lalu, pertumbuhan 1-3% dijangka bagi 2017

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekonomi Singapura tumbuh lebih kukuh 2% tahun lalu, pertumbuhan 1-3% dijangka bagi 2017

Feb 17, 2017 | 08:45 AM



EKONOMI Singapura tumbuh 2 peratus tahun lalu (2016) - lebih tinggi sedikit daripada anggaran awal sebanyak 1.8 peratus.

Pertumbuhan lebih kukuh itu didorong pemulihan dalam sektor perkilangan.

Pertumbuhan tahun ini (2017) dijangka lebih kurang sama, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat (17 Feb).

Anggaran rasmi pertumbuhan 2017 ialah antara 1 dan 3 peratus.

Bagi suku keempat 2016, pertumbuhan melonjak ke 2.9 peratus dari tahun ke tahun, lebih tinggi daripada pertumbuhan 1.2 peratus pada suku ketiga dan anggaran awal sebanyak 1.8 peratus.

Pengeluaran kilang meningkatkan prestasi ekonomi Republik ini tahun lalu.

Sektor perkilangan berkembang 3.6 peratus, berbanding kejatuhan 5.1 peratus pada 2015. Ini didorong terutamanya oleh kelompok elektronik dan pengeluaran bioperubatan, walaupun kejuruteraan pengangkutan dan perkilangan am terus mengecut.

Pertumbuhan sektor binaan hampir tidak berubah - hanya 0.2 peratus, berbanding 3.9 peratus pada 2015. Ia terjejas oleh kelembapan kegiatan sektor swasta.

Perkhidmatan, yang membentuk dua pertiga daripada ekonomi, berkembang 1 peratus pada 2016, juga sederhana daripada pertumbuhan 3.2 peratus pada 2015.

MTI berkata ekonomi global dijangka meningkat tahun ini, khususnya Amerika Syarikat dan Asean mungkin melihat pertumbuhan lebih kukuh, walaupun ekonomi China terus perlahan.

Bagaimanapun, terdapat risiko.

Pertama, risiko politik dan ketidaktentuan ekonomi telah meningkat. Sebagai contoh, sedang Britain merundingkan Brexit, pilihan raya akan datang di negara lain zon euro boleh membawa kepada ketidaktentuan lanjut mengenai masa depan Kesatuan Eropah.

Terdapat juga tanda-tanda sentimen antiglobalisasi semakin meningkat, yang boleh membawa kepada proteksionisme, atau fahaman perlindungan, lebih besar dan menjejas perdagangan dunia.

Seterusnya, keadaan monetari lebih ketat di China boleh membawa kepada halangan dalam pertumbuhan kredit dan perbelanjaan pelaburan, menimbulkan lagi kelembapan bagi pertumbuhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >