PAKAR ekonomi swasta meramalkan ekonomi Singapura tumbuh 1.8 peratus tahun ini dan tahun depan berdasarkan satu tinjauan yang dijalankan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Ramalan tahun ini tidak berubah berbanding satu tinjauan serupa yang dijalankan Jun lalu. Ia juga selari dengan ramalan rasmi pemerintah sebanyak 1-2 peratus.