Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Ekonomi S'pura tumbuh 2.5% dalam suku kedua

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekonomi S'pura tumbuh 2.5% dalam suku kedua

NORHAIZA HASHIM
Jul 14, 2017 | 11:15 AM



EKONOMI Singapura tumbuh 2.5 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding setahun lalu, didorong oleh sektor perkilangan, menurut ramalan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Perangkaan itu serupa seperti pertumbuhan suku pertama tetapi lebih rendah dari ramalan pakar ekonomi sebanyak 2.7 peratus.

Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) bagi suku kedua berbanding suku pertama meningkat 0.4 peratus, berbanding penguncupan 1.9 peratus pada suku sebelumnya.

Ini bermakna ekonomi negara terlepas dari terjerumus dalam kemelesetan teknikal seperti dijangkakan ramai pakar ekonomi.

Dalam kenyataan MTI pagi tadi, sektor perkilangan tumbuh kukuh sebanyak 8 peratus pada suku kedua, meneruskan pertumbuhan 8.5 peratus pada suku sebelumnya. Kelompok elektronik dan kejuruteraan jitu mendorong pertumbuhan sektor itu.

Industri perkhidmatan tumbuh lebih tinggi sebanyak 1.7 peratus dari kenaikan 1.4 peratus pada suku pertama. Pertumbuhan didorong oleh perkhidmatan pengangkutan dan penyimpanan, serta khidmat perniagaan.

Namun, kelemahan dalam kegiatan binaan dalam sektor awam dan swasta terus membelenggu sektor binaan yang menguncup 5.6 peratus, setelah susut 6.1 peratus pada suku pertama.

MTI sebelum ini menyatakan ekonomi Singapura dijangka tumbuh 1 hingga 3 peratus tahun ini, dengan jangkaan GDP akan tumbuh melebihi 2 peratus dicatatkan tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >