Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ekonomi S'pura tumbuh 2.5 peratus untuk suku pertama 2017

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekonomi S'pura tumbuh 2.5 peratus untuk suku pertama 2017

Apr 13, 2017 | 08:47 AM



EKONOMI Singapura menikmati pertumbuhan 2.5 peratus berdasarkan anggaran awal tahun-ke-tahun untuk suku pertama tahun ini, berbanding 2.9 peratus bagi Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) yang direkodkan untuk suku sebelumnya.



Ini dinyatakan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam kenyataannya pagi ini.



Menurut MTI, berdasarkan penyesuaian musiman suku-ke-suku tahunan, ekonomi mengecut 1.9 peratus selepas mencatatkan peningkatan baik sebanyak 12.3 peratus bagi suku sebelumnya.



Sektor perkilangan mencatat peningkatan 6.6 peratus tahun-ke-tahun bagi suku pertama, pencapaian yang sederhana berbanding pertumbuhan 11.5 peratus bagi suku sebelumnya.



"Pertumbuhan kali ini asasnya didorong oleh peningkatan dalam pengeluaran bagi kelompok elektronik dan kejuruteraan jitu, mengatasi kemerosotan dalam penghasilan bagi kelompok bioperubatan, kejuruteraan pengangkuta dan pengeluaran am.



"Berdasarkan penyesuaian musiman suku-ke-suku tahunan, sektor ini menyaksikan penurunan dalam pertumbuhan untuk suku pertama, mengecut sebanyak 6.6 peratus selepas mencatatkan peningkatan 39.8 peratus pada suku sebelumnya," menurut MTI.



Sektor pembinaan menyaksikan pengecutan sebanyak 1.1 peratus tahun-ke-tahun bagi suku pertama, melanjutkan kemerosotan 2.8 peratus yang direkodkan bagi suku sebelumnya, yang disebabkan kelembapan dalam kegiatan pembinaan dalam sektor privet.



Berdasarkan penyesuaian musiman suku-ke-suku tahunan, sektor ini mencatatkan pertumbuhan 5.4 peratus, mencatat peningkatan besar berbanding 0.8 peratus pada suku sebelumnya.



Bagi perusahaan yang menghasilkan perkhidmatan pula, ia mencatat pertumbuhan 1.5 peratus tahun-ke-tahun bagi suku pertama, peningkatan 1 peratus berbanding suku sebelumnya.



Pertumbuhan ini umumnya didorong oleh dagangan borongan dan runcit dan sektor pengangkutan dan penyimpanan, yang mana ia menikmati pemulihan berterusan bagi eksport.



Berdasarkan catatan suku-ke-suku, perusahaan yang menghasilkan perkhidmatan mengecut pada kadar tahunan 2.2 peratus, merubah pertumbuhan 8.4 peratus yang dinikmati pada suku sebelumnya.



MTI akan mengumumkan anggaran awal GDP bagi suku pertama, termasuk kelakonan menurut sektor, sumber pertumbuhan, inflasi, pekerjaan dan penghasilan, dalam Tinjauan Ekonomi Singapura pada Mei 2017.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >