Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekonomi S'pura tumbuh 3.8% bagi suku kedua tahun ini

Jul 14, 2018 | 05:30 AM



EKONOMI Singapura tumbuh 3.8 peratus bagi suku kedua tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu - lebih rendah daripada pertumbuhan 4.1 peratus yang dijangkakan pakar ekonomi.



Demikian menurut perangkaan awal yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.



Pertumbuhan itu juga lebih rendah berbanding pertumbuhan sebanyak 4.3 peratus bagi suku pertama tahun ini.



Menurut akhbar The Straits Times, pertumbuhan bagi sektor perkilangan kekal sebagai pendorong utama dengan pertumbuhan sebanyak 8.6 peratus.



Namun, ini lebih rendah berbanding pertumbuhan sebanyak 9.7 peratus bagi suku pertama tahun ini.



Kesemua kelompok dalam sektor perkilangan meningkat bagi suku kedua tahun ini, terutama elektronik dan perkilangan bioperubatan yang memberi sumbangan terbesar dalam pertumbuhan sektor itu.



Industri perkhidmatan juga tumbuh lebih perlahan - sebanyak 3.4 peratus berbanding 4 peratus bagi suku pertama tahun ini.



Pertumbuhan sektor ini antara lain didorong oleh sektor kewangan dan insurans serta pemborongan dan dagangan runcit.



Pakar ekonomi Maybank Kim Eng, Dr Chua Hak Bin dan Cik Lee Yu Je, bagaimanapun menjangkakan pertumbuhan lebih tinggi bagi industri perkhidmatan dan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) secara keseluruhan apabila perangkaan akhir dikeluarkan pada pertengahan Ogos.



Menurut mereka, perangkaan awal GDP MTI biasanya bersifat lebih konservatif.



Dalam pada itu, sektor binaan kekal terus menguncup tetapi kadar kemerosotan sektor itu semakin mengecil.



Sektor itu menguncup 4.4 peratus berbanding setahun lalu.



Ini antara lain kerana kegiatan binaan dalam sektor privet terus lemah.



Walau akur terdapat risiko kehilangan nilai dalam pelaburan, dengan ketegangan perdagangan yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat dan China serta langkah baru meredakan pasaran hartanah, pakar ekonomi rata-rata kekal dengan ramalan pertumbuhan setahun penuh mereka.



Dr Chua dan Cik Lee meramalkan pertumbuhan GDP sebanyak 3.5 peratus bagi 2018.



Menurut mereka lagi, kesan daripada perang dagang Amerika-China itu mungkin belum dapat dirasa pada suku ketiga tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >