Ekonomi S'pura tumbuh hanya 0.1% pada suku kedua
Ramalan MTI lebih lemah dari jangkaan; tumbuh paling rendah sejak suku kedua 2009
Jul 13, 2019 | 05:30 AM
EKONOMI Singapura catat prestasi lebih lemah daripada jangkaan pada suku kedua tahun ini selepas mencapai kadar terendah sejak krisis kewangan global pada suku pertama.
Ramalan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menunjukkan ekonomi negara tumbuh hanya 0.1 peratus pada suku kedua lalu.