Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Ekonomi Thai tumbuh 3.2% pada Q3, rendah sedikit daripada ramalan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekonomi Thai tumbuh 3.2% pada Q3, rendah sedikit daripada ramalan

Nov 21, 2016 | 11:32 AM

BANGKOK: Ekonomi Thailand tumbuh 3.2 peratus pada suku ketiga berbanding tahun lalu, agensi perancangan negara itu berkata pada Isnin (21 Nov). Kadar itu perlahan sedikit daripada yang diunjur, walaupun eksport menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan.

Pertumbuhan itu lebih rendah daripada median pertumbuhan 3.4 peratus yang diramal dalam satu tinjauan Reuters dalam kalangan ahli ekonomi dan pertumbuhan 3.5 peratus pada suku April-Jun.

Dari segi suku ke suku, ekonomi Thailand berkembang 0.6 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga September lalu.

Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara berkata ekonomi Thailand dijangka tumbuh 3.2 peratus tahun ini, berbanding ramalan antara 3 - 3.5 peratus sebelum ini.

Ekonomi negara itu tumbuh 2.8 peratus tahun lalu.

Agensi itu kini menjangka eksport tidak berubah tahun ini, daripada kejatuhan 1.9 peratus yang diramal sebelum ini.

Sejak rampasan kuasa pada Mei 2014, kerajaan tentera Thailand telah berusaha memulihkan ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu, sedang eksport dan permintaan domestik kekal lemah. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3