Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Eksport bukan minyak S'pura merosot 2.3% pada Jun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Eksport bukan minyak S'pura merosot 2.3% pada Jun

Jul 18, 2016 | 10:18 AM



EKSPORT bukan minyak domestik Singapura (NODX) pada Jun jatuh 2.3 peratus , daripada setahun lalu, dek permintaan global yang terus lemah, selepas meningkat 11.6 peratus pada Mei.



Demikian menurut angka yang dikeluarkan pada Isnin (18 Julai) oleh International Enterprise (IE) Singapore.



NODX Jun diramal jatuh 3.0 peratus daripada setahun lalu, menurut ramalan median dalam tinjauan Reuters ke atas 11 ahli ekonomi.



Peningkatan dalam penghantaran ke luar negara pada Mei didorong oleh jualan emas dan farmaseutikal, tetapi dilihat sebagai peningkatan singkat dan tidak dapat dikekalkan pada Jun, apabila kedua-dua penghantaran elektronik dan bukan elektronik jatuh.



Para Mei, IE Singapura mengurangkan unjurannya bagi NODX keseluruhan 2016 kepada antara -5.0 hingga -3.0 peratus, selepas penghantaran pada suku pertama tahun ini merosot 9 peratus daripada setahun lalu.



Dari segi bulan ke bulan, berdasarkan pelarasan bermusim (SA), NODX Jun susut 12.9 peratus berbanding 16.8 peratus pada Mei - jatuh kepada $13 bilion pada Jun daripada $14.9 bilion pada Mei.



NODX ke semua 10 pasaran utamanya, kecuali Taiwan, Amerika Syarikat, Hong Kong, Korea Selatan dan Malaysia, jatuh pada Jun. Kejatuhan terbesar ialah ke China (-9.9 peratus), Indonesia (-15.9 peratus) dan Kesatuan Eropah (EU) 28 (-5.8 peratus).



Berdasarkan tahun ke tahun, NODX elektronik menguncup 1.7 peratus pada Jun, berikutan penurunan 6 peratus pada Mei.



Penghantaran bukan elektronik berkurangan 2.5 peratus berbanding kenaikan 19 peratus dalam Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >