Eksport bukan minyak S'pura susut 2.7% bulan lalu
Apr 18, 2018 | 05:30 AM
EKSPORT Singapura terus menguncup buat dua bulan berturut-turut bulan lalu tetapi rentak kemerosotan mula reda berbanding Februari.
Eksport Bukan Minyak Dalam Negeri (NODX) susut 2.7 peratus bulan lalu disebabkan paras tinggi setahun lalu, menurut perangkaan terbaru Enterprise Singapore, lapor The Straits Times semalam.