Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Eksport bukan minyak S'pura susut 5.9% bulan lalu

Mar 17, 2018 | 05:30 AM



EKSPORT Singapura mencatatkan kemerosotan di luar jangkaan bulan lalu, dengan Eksport Bukan Minyak Dalam Negeri (NODX) susut 5.9 peratus pada Februari lalu berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya, lapor The Business Times.



Ini merupakan penurunan yang pertama sejak September tahun lalu dan sebahagiannya mungkin disebabkan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 16 Februari.



Perangkaan terkini itu mengecewakan pakar ekonomi, yang menjangkakan pertumbuhan 4.8 peratus. Ia juga lebih lemah berbanding kenaikan 12.9 peratus pada Januari.



Kedua-dua kiriman barangan elektronik dan bukan elektronik merosot bulan lalu.



NODX elektronik merosot sebanyak 12.3 peratus pada Februari menyusuli penurunan 3.9 peratus pada bulan sebelumnya.



NODX bukan elektronik juga merosot 3.4 peratus setelah mencatatkan kenaikan 20.7 peratus pada bulan sebelumnya.



NODX ke kebanyakan pasaran utama Singapura berkurangan pada Februari, kecuali ke Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.



Penurunan itu didahului dengan China, Kesatuan Eropah dan Taiwan.



Barangan bukan minyak yang dieksport semula - yang sering dilihat sebagai kayu ukur bagi khidmat perdagangan borong - mencatatkan prestasi lembab pada Februari setelah meningkat 5 peratus bulan sebelumnya.



Ini menyusuli kiriman barangan bukan elektronik yang dieksport semula yang lebih tinggi melebihi penurunan dalam barangan elektronik.



Bulan lalu, media melaporkan NODX naik 13 peratus pada Januari lalu berbanding tahun sebelumnya.



Ia peningkatan daripada pertumbuhan 3.1 peratus yang dicatat pada Disember, melampaui anggaran pertumbuhan 8.9 peratus oleh pakar ekonomi.



Perangkaan bulan Januari itu menyusuli perangkaan tahun penuh yang dikeluarkan dan menunjukkan pertumbuhan NODX sebanyak 8.8 peratus pada 2017, dengan IE Singapore menjangkakan pertumbuhan lebih sederhana antara 1 peratus dan 3 peratus tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >