Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Ekonomi & Kerja0

EKONOMI

Eksport bukan minyak S'pura turun 17.3%

Eksport ke 10 pasaran utama turun kecuali ke Amerika
Jul 18, 2019 | 05:30 AM

EKSPORT Singapura merosot sebanyak dua angka buat empat bulan berturut-turut, dengan kiriman eksport dalam sektor elektronik mengecut sebanyak sepertiga.

Menurut perangkaan Enterprise Singapore (ESG) semalam, eksport domestik bukan minyak (Nodx) menunjukkan prestasi lebih teruk daripada jangkaan - menguncup 17.3 peratus pada Jun berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ini selepas kemerosotan 16.3 peratus pada Mei, menyusuli semakan semula.

Prestasi bulan lalu merupakan kadar kejatuhan paling besar sejak Februari 2013, apabila kiriman eksport merosot 33.2 peratus.

Ia juga adalah di bawah ramalan pengamat, iaitu penurunan 9.6 peratus, menurut satu tinjauan Bloomberg.

Berita Popular

Perangkaan menunjukkan kiriman Nodx elektronik terus merosot - menjunam 31.9 peratus bulan lalu - ekoran kiriman litaran bersepadu, komputer peribadi dan produk cakera media yang lebih lemah.

Bagi kiriman produk bukan elektronik, Nodx menguncup 12.4 peratus berbanding 11.1 peratus pada bulan sebelumnya, disebabkan kiriman emas bukan wang, petrokimia dan farmaseutikal lebih rendah.

Berbanding bulan sebelumnya pula, Nodx keseluruhan mengecut sebanyak 7.6 peratus pada bulan lalu.

Kiriman Nodx meningkat 5.8 peratus pada bulan sebelumnya.

ESG menjelaskan, kiriman eksport ke 10 pasaran utama turut menyaksikan penurunan kecuali Amerika Syarikat.

Mendahului kejatuhan itu adalah kiriman ke Hongkong, China dan Eropah, tambah ESG dalam kenyataannya.

Pakar ekonomi berpendapat ramalan eksport dihambat oleh faktor seperti ketegangan dagangan antara Amerika dengan China, permintaan luar lebih lemah dan kitaran semikonduktor yang semakin muram.

Walaupun rundingan dagangan sudah disambung semula di belakang tabir setelah Presiden Donald Trump bertemu dengan Presiden Xi Jinping semasa sidang puncak G20 bulan lalu, tetapi masih ada ketegangan.

"Paling ketara adalah kiriman ke China merosot dua angka, 15.8 peratus, menyertai pasaran lain seperti Hongkong, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia.

"Ini membayangkan mungkin pasaran Amerika kekal bertahan, kecuali berlaku perkembangan baru dalam isu Amerika-China," kata Cik Selena Ling, Ketua Kajian Perbendaharaan dan Strategi OCBC Bank.

Memandang ke depan, Cik Ling menjangkakan ketegangan dagangan global yang berterusan dan kelembapan dalam sektor elektronik akan terus memberi kesan kepada kiriman eksport Singapura.

"Kiriman Nodx pada separuh pertama tahun ini sudah pun menguncup 10.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

"Ini sekali gus merupakan prestasi separuh pertama paling muram sejak separuh tahun pertama 2009, yang mengecut 20.3 peratus," ujar beliau.

Berbanding tempoh sama tahun lalu, jumlah dagangan keseluruhan telah merosot sebanyak 7.2 peratus manakala kiriman eksport semula bukan minyak susut 2.8 peratus, menyusuli pertumbuhan 5 peratus pada Mei.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map