Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Eksport China pada 2016 jatuh 2% dalam mata wang yuan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Eksport China pada 2016 jatuh 2% dalam mata wang yuan

Jan 13, 2017 | 11:54 AM



BEIJING: Eksport China berkurangan 2.0 peratus pada 2016 dalam mata wang yuan, menurut data rasmi pada Jumaat (13 Jan), sedang kelembapan permintaan global memberi kesan ke atas ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

Prestasi China, pedagang barangan terbesar di dunia, memberi kesan terhadap rakan-rakannya dari Australia ke Zambia, yang terjejas teruk apabila pertumbuhan China merosot ke tahap paling rendah dalam 25 tahun.

Jumlah eksport negara itu jatuh kepada 13.84 trilion yuan ($2.86 trilion) tahun lalu dan import meningkat 0.6 peratus kepada 10.49 trilion yuan, kata Kastam China.

"Masih terdapat beberapa halangan yang dihadapi oleh pertumbuhan perdagangan asing China," kata Kastam, sambil menambah bahawa sekitaran perdagangan antarabangsa "teruk dan kompleks".

Kastam biasanya menerbitkan data perdagangan dalam yuan sebelum menerbitkannya dalam dolar Amerika.

Kejatuhan baru-baru ini yuan berbanding dolar AS ke paras terendah dalam lapan tahun membantu meningkatkan eksport China pada November. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >