Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27
Ekoniaga

Eksport M'sia catat penurunan 24%, paling curam dalam sedekad

Jun 05, 2020 | 09:15 AM

KUALA LUMPUR: Eksport Malaysia merosot 23.8 peratus pada April lalu berbanding tahun sebelumnya, kejatuhan paling buruk dalam sedekad, disebabkan pandemik Covid-19 yang menjejas rantaian bekalan sedunia, kata kerajaan itu semalam.

Kejatuhan kepada RM64.92 bilion ($21.3 bilion) jauh lebih besar daripada jangkaan pengucupan 15.1 peratus oleh penganalisis yang ditinjau agensi berita Reuters.

Import menyusut sebanyak 8 peratus kepada RM68.42 bilion, data dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MTI) menunjukkan.

Penganalisis menjangkakan penurunan 14.4 peratus.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penurunan eksport dan import itu telah dijangkakan, melihat kebanyakan negara di seluruh dunia berdepan dengan pelbagai bentuk pengekangan untuk membendung penularan koronavirus.

"Ini telah menyebabkan gangguan besar pada aktiviti pembuatan dan pergerakan barang di seluruh dunia. Walaupun begitu, eksport beberapa produk seperti besi dan keluli, sarung tangan getah dan minyak sawit bertapis mencatat peningkatan," katanya.

Beliau menjangkakan eksport Malaysia akan meningkat dalam beberapa bulan mendatang ketika pemerintah mengizinkan lebih banyak industri untuk kembali beroperasi dan pada kemampuan operasi penuh sejak 4 Mei. - Reuters, Xinhua

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian