Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Eksport S'pura kembali positif bulan lalu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Eksport S'pura kembali positif bulan lalu

Mar 17, 2020 | 06:27 PM



EKSPORT Singapura kembali positif pada bulan lalu dirangsang kiriman elektronik dan bukan elekronik, sekaligus menyangkal ramalan yang ia akan merosot ekoran penularan koronavirus Covid-19.



Eksport domestik bukan minyak (Nodx) tumbuh 3 peratus pada Februari berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut perangkaan oleh Enterprise Singapore pada Selasa (17 Mac).



Ini merupakan satu pemulihan selepas ia mencatatkan kemerosotan 3.3 peratus pada bulan sebelumnya.



Namun berbanding dengan Januari pada kadar yang disesuaikan, Nodx susut 4.8 peratus pada Februari, disebabkan eksport domestik bukan elektronik merosot manakala eksport elektronik berkembang.



Enterprise Singapore menjelaskan eksport elektronik meningkat 2.5 peratus pada Februari berbanding pengecutan sebanyak 13 peratus pada bulan sebelumnya.



Pertumbuhan dicatatkan Nodx elektronik telah dirangsang oleh kiriman cergas bagi bahagian litaran bersepadu, kapasitor (capacitor) dan produk cakera padat.



Dalam pada itu, kiriman bukan elektronik mencatatkan pertumbuhan 3.2 peratus pada Februari, selepas susut 0.1 peratus pada Januari.



Ini disebabkan kiriman yang meningkat bagi peralatan khusus, enjin dan motor bukan elektrik serta farmaseutikal.



Menurut beberapa pakar ekonomi, kelakonan baik pada bulan lalu berbanding tempoh sama tahun lalu disebabkan oleh kes bes rendah (low base) ekoran Tahun Baru Cina pada Februari 2019.



Kecuali China dan Hong Kong, eksport bukan minyak Singapura ke sebahagian besar pasaran utama meningkat pada bulan lalu, tambah agensi itu.



Penyumbang terbesar kepada kenaikan Nodx adalah Jepun (61.7 peratus), Kesatuan Eropah(43 peratus) serta Amerika Syarikat (23.5 peratus).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >