Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Empat hotel didakwa berpakat kongsi maklumat harga bilik korporat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Empat hotel didakwa berpakat kongsi maklumat harga bilik korporat

Hotel punya tempoh enam minggu beri kenyataan kepada CCCS sebelum keputusan muktamad diambil
Aug 04, 2018 | 05:30 AM



EMPAT hotel telah didakwa berpakat dengan mengongsi maklumat antara satu sama lain mengenai kadar bilik hotel yang tidak sepatutnya diketahui umum yang ditawarkan kepada syarikat korporat.



Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) berkata mereka telah bertukar-tukar maklumat komersial yang rahsia dan sensitif yang menyalahi Akta Persaingan, ujar kenyataan CCCS kelmarin.



Empat hotel itu ialah Capri by Fraser Changi City Singapore, Village Hotel Changi, Village Hotel Katong dan Hotel Crowne Plaza Changi Airport.



Hotel-hotel itu terletak dalam kawasan lima hingga 15 minit perjalanan kenderaan dari Lapangan Terbang Changi.



Maklumat yang mereka kongsi termasuk peratusan potongan harga yang diminta pelanggan korporat semasa rundingan rahsia dan respons wakil penjualan hotel.



CCCS berkata maklumat yang dikongsi itu mengurangkan tekanan persaingan terhadap harga.



Badan pemantauan itu telah mengeluarkan kenyataan bertulis kepada pemilik dan pengendali hotel.



Kenyataan yang dikeluarkan itu merupakan satu kenyataan mengenai rancangan kegagalan pematuhan (PID).



Kakitangan daripada Capri, Village Hotel Changi dan Village Hotel Katong telah berbincang dan bertukar maklumat komersial yang sensitif mengenai bilik hotel kepada pelanggan korporat antara 3 Julai 2014 dengan 30 Jun 2015.



Secara berasingan, kakitangan Hotel Capri dan Hotel Crowne Plaza Changi Airport melakukan perkara sama antara 14 Januari 2014 dengan 30 Jun 2015.



Hotel-hotel itu mempunyai tempoh enam minggu untuk memberi kenyataan kepada CCCS sebelum keputusan muktamad diambil.



Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda 10 peratus daripada penjualan perniagaan mereka setiap tahun bagi setiap tahun mereka gagal mematuhi akta itu, sehingga maksimum tiga tahun.



Frasers Hospitality, yang mengendalikan Capri by Fraser Changi City Singapore, berkata:



"Kami tidak membenarkan sebarang kakitangan kami melakukan tindakan itu dan mengambil berat hal itu dengan serius.''



Ia akan mengkaji PID itu dan memberi respons kepada CCCS.



Seorang jurucakap Crowne Plaza Changi pula berkata pihaknya itu tidak dapat mengulas kerana siasatan masih dijalankan, ujar laporan The Straits Times (ST).




"Kami tidak membenarkan sebarang kakitangan kami melakukan tindakan itu dan mengambil berat hal itu dengan serius.''
- Jurucakap Frasers Hospitality.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >