Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

FastJobs pindah pameran kerja ke 'online' dek Covid-19

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

FastJobs pindah pameran kerja ke 'online' dek Covid-19

Jul 16, 2020 | 05:30 AM



DI sebalik ketidaktentuan ekonomi, mereka yang masih mencari pekerjaan boleh memanfaatkan beberapa pameran pekerjaan dalam talian yang menawarkan banyak kerja kosong.



Beberapa syarikat swasta mahupun agensi pemerintah mengadakan pameran pekerjaan ini bagi memudahkan pemadanan calon pekerja dan majikan.



Di tengah-tengah penularan Covid-19, beberapa syarikat masih memerlukan pekerja baru setelah pembukaan fasa kedua selepas langkah tempoh pemutus rantaian jangkitan berakhir.



FastJobs, sebuah aplikasi pekerjaan, akan mengadakan pameran pekerjaan dalam talian bermula bulan ini selama tiga bulan.



Dikenali sebagai FastJobs Virtual Jobs Discovery Fest, pameran pekerjaan pertama yang diadakan bulan ini menawarkan lebih 200 pekerjaan kosong dalam pelbagai pekerjaan dalam bidang makanan dan minuman (F&B), runcit, pergudangan dan logistik.



Syarikat-syarikat seperti DHL, McDonald's Singapore, Domino's Pizza, Four Leaves, Koi Thé, Cold Storage, Guardian Pharmacy, Giant dan 7-Eleven mengambil bahagian, menurut kenyataan FastJobs. Terdapat juga pekerjaan yang tidak memerlukan pengalaman.



FastJobs merupakan aplikasi pekerjaan yang tumbuh terpantas di Asia Tenggara yang menumpukan terhadap peranan pekerjaan dalam bidang operasi, sokongan dan khidmat pelanggan.



Aplikasi itu diinkubasikan oleh syarikat berbilang media, Singapore Press Holdings (SPH) dan dilancarkan April 2015.



Menurut kenyataan itu, pembukaan semula ekonomi Singapura sejak awal Jun telah mencetuskan pemulihan dalam kegiatan pengambilan pekerja.



Dalam pekerjaan bukan eksekutif, dua sektor dalam bidang pergudangan dan logistik, dan F&B telah mencatatkan pertumbuhan dalam keperluan pengambilan pekerja baru sejak enam bulan lalu setelah fasa kedua dibuka.



Diadakan dari bulan ini hingga September, pameran pekerjaan dalam talian itu mengikuti jejak versi pameran pekerjaan fizikalnya, Annual Jobs Fest, yang diadakan selama dua hari tahun lalu.



Majikan akan disokong dalam mengaturkan jadual mereka untuk menganjurkan dan menguruskan temuduga dalam talian.



Permohonan pekerjaan akan dilakukan dengan berkesan melalui temuduga yang diatur lebih awal.



Bagi membantu calon pekerja memahami peranan dan majikan mereka, mereka boleh bercakap dalam talian dengan bakal majikan melalui sesi perkongsian video.



"Keadaan Covid telah mempercepatkan langkah pendigitalan dan temuduga dalam talian telah menjadi satu kebiasaan tetapi aliran kerja dan amalan pengambil pekerjaan tradisional masih dalam proses penyesuaian.



"Kami akan mempercepatkan dan memudahkan langkah itu dengan alat-alat digital dan pada masa sama memastikan majikan dan calon pekerja dibimbing bagi melalui pengalaman yang baru itu. Kami berharap mewujudkan pengalaman Jobs Fest yang unik dan menyeluruh di samping membantu calon pekerja mendapat pekerjaan dalam tempoh tidak menentu ini,'' ujar pengurus besar FastJobs Singapore, Cik Lim Huishan.



Permohonan bagi pekerjaan dalam pameran itu bagi bulan ini dibuka dari sekarang hingga 20 Julai dan temuduga dalam talian akan diadakan dari 20 hingga 24 Julai.



Pameran pekerjaan dalam talian bagi sektor prasekolah juga telah diadakan anjuran Latihan Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Ia telah menarik lebih 4,700 pengunjung dan 800 daripada mereka memohon pekerjaan yang ditawarkan.



Selain itu, hampir 1,000 orang mendaftar untuk menyertai bengkel percuma untuk dapat memahami lebih mendalam kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pendidik awal kanak-kanak,



Awal bulan ini, lebih 16,000 pekerjaan, peluang pelatihan dan tempat latihan dalam sektor awam dan privet ditawar kepada warga setempat sewaktu pameran Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited yang pertama.



Dianjurkan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG), SkillsFuture Singapura (SSG), Penguasa Pembangunan Media Infokomunikasi (IMDA), Divisyen Perkhidmatan Awam, Kongres kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan e2i, ia diadakan di Institut Pekerjaan dan Daya Kerja Devan Nair.



Antara peluang yang ditawarkan termasuk 7,000 jawatan kosong daripada sektor awam dan privet bagi lulusan baru dan pekerja pertengahan kerjaya.



Syarikat telekomunikasi Singtel merupakan antara syarikat yang menggajikan 150 kakitangan melalui inisiatif SGUnited.



Ketua Pegawai Sumber Manusia Singtel, Cik Aileen Tan berkata wadah itu membantu syarikat menggajikan 150 pekerja dengan pantas.



"Kami tidak mempunyai pekerja mencukupi bagi menyokong operasi kami seperti mengendalikan hotline kami, kerja-kerja belakang tabir, ejen perkhidmatan dan pemprosesan tempahan,'' ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >