KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menerusi anak syarikatnya, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), mengambil alih satu lagi hotel di London dalam usaha mempelbagaikan aset pelaburan hartanah di luar negara.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata dengan pembelian Grand Plaza Kensington, Felda kini mempunyai 12 hotel di dalam dan luar negara.