Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Felda dibidas bagi perjanjian beli saham syarikat minyak sawit Indonesia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Felda dibidas bagi perjanjian beli saham syarikat minyak sawit Indonesia

Dec 28, 2016 | 09:18 AM



KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Malaysia (Felda) semakin dikritik kerana rancangannya membeli saham sebuah syarikat minyak sawit Indonesia, Eagle High Plantations Tbk, yang pengkritik sifatkan sebagai terlalu tinggi.



Felda, sebuah agensi milik negara yang mengendalikan beberapa ladang kelapa sawit terbesar di dunia, berkata pada Jumaat (23 Dis) ia merancang membeli 37 peratus saham Eagle High pada harga AS$505.4 juta ($732 juta).



Berdasarkan pengiraan Reuters, ini meletak nilai perjanjian itu kira-kira 582 rupiah (6 sen Singapura) sesaham, iaitu 95 peratus lebih tinggi daripada harga penutup Eagle High pada Jumaat.



Kritikan oleh parti pembangkang dan peneroka Felda datang dengan pantas.



Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta kerajaan Malaysia campur tangan dan menghentikan pembelian Felda itu.



"Saya yakin ia tidak dirasakan ahli Anak sahaja. Majoriti atau sebilangan besar masyarakat Felda kecewa (dengan perjanjian itu)," kata presiden Anak, Encik Mazlan Aliman.



Beliau melahirkan kebimbangan Felda mungkin perlu meminjam untuk membiayai pengambilalihan saham itu, yang boleh menjejas peneroka, yang biasanya menerima beberapa geran daripada Felda.



Peneroka Felda ialah orang Melayu yang menerima bantuan dalam bentuk tanah daripada kerajaan. Mereka membentuk sebahagian besar daripada pangkalan undi di 54 daripada 222 kerusi parlimen.



Encik Mazlan berkata beliau bimbang perjanjian itu dijadikan "mahal" bagi "agenda peribadi", dan persatuan itu akan menganjurkan perhimpunan bantahan jika ia tidak dibatalkan.



Rajawali Group, yang memiliki saham mengawal dalam Eagle High, antara konglomerat terbesar di Indonesia, dengan anak syarikatnya terlibat dalam media, telekomunikasi, perlombongan dan perladangan.



Ia diketuai hartawan Peter Sondakh, yang mempunyai hubungan lama dengan Datuk Seri Najib.



Unit tersenarai utama Felda, Felda Global Ventures Holdings (FGV), mula-mula cuba membeli saham Eagle High pada Jun tahun lalu sebanyak AS$680 juta, tetapi membatalkan rancangan itu pada November tahun tersebut selepas ahli politik dan pelabur membidasnya sebagai terlalu mahal.



Antara sebab Felda Group kini cuba mencapai perjanjian itu melalui salah sebuah entitinya yang tidak tersenarai ialah supaya ia tidak perlu mendapatkan kelulusan pemegang saham, menurut sumber yang tahu mengenai perkara tersebut.



"Jika (Datuk Seri Najib) meneruskan ini, dia cari gaduh bukan dengan parti politik tetapi bank undi terbesar Umno," kata ahli parlimen pembangkang Rafizi Ramli dalam satu sidang media pada Selasa (27 Dis).



Datuk Seri Nazir Razak, adik Datuk Seri Najib yang juga pengerusi bank kedua terbesar di Malaysia, CIMB Group, turut mempersoal perjanjian itu.



"Harga purata Eagle High pada November ialah 212 rupiah sesaham, jadi premium 173 peratus untuk mendapatkan pegangan bukan mengawal," kata beliau dalam satu pos Instagram pada Jumaat.



"Saya berharap pihak lembaga akan membuktikan sepenuhnya kewajaran pengambilalihan dan penilaian itu walaupun perjanjian tersebut tidak lagi dibuat oleh FGV yang tersenarai."



Felda berkata dalam satu kenyataan bagi menjawab kritikan bahawa harga saham bukan kaedah penilaian yang diterima bagi pembelian syarikat perladangan dan sebaliknya ia ditentukan oleh nilai perusahaan sehektar.



Penganalisis industri minyak sawit berkata walaupun kaedah nilai perusahaan sehektar wajar bagi pengambilalihan penuh atau pegangan mengawal, ia tidak wajar bagi pegangan minoriti. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >