RANGKAIAN restoran Mediterranean, Fig & Olive, memenangi tender membuka dua cawangan baru Fig & Olive di HomeTeam NS@ Bukit Batok dan HomeTeam NS Sembawang Resort.
Dua cawangan itu yang mempunyai keluasan yang besar, membolehkan Fig & Olive menjadi lokasi bagi acara-acara seperti majlis perkahwinan, pesta hari jadi dan pesta korporat, menurut pemilik Fig & Olive, Cik Masmunah Abdullah.