Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI BARU

Firma barang kemas 5-gen gigih terus tebar niaga

Syarikat B P De Silva Group turut dekati Pusat Syarikat Kecil dan Sederhana di DPPMS untuk dapat huraian baru bagi sokong proses dan operasi
Feb 16, 2020 | 05:30 AM



SELAMA hampir 150 tahun, syarikat B.P. de Silva Group of Companies telah berkembang maju daripada hanya sebuah perniagaan keluarga yang mengilang dan menjual barang kemas kepada juga yang merangkumi komoditi dan sebagainya.



Kini, keturunan kelima keluarga yang mengendalikan syarikat itu mahu mengembangkan lagi perniagaan mereka dan mempertingkatkan produktiviti.



Inilah yang mendorong pengarah eksekutifnya, Cik Shanya Amarasuriya, untuk mendekati Pusat Syarikat Kecil dan Sederhana (SME) di Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) pada 2018 untuk mendapatkan nasihat dan mencari huraian baru bagi menyokong proses dan operasi mereka.



"Ketika itu, saya sedang mencari sokongan dari segi penjenamaan dan juga operasi untuk memperbaiki sistem kami.



"Kebanyakan kerja pentadbiran dalam perniagaan barang kemas dilakukan secara manual. Saya ingin mencari teknologi untuk mendigitalisasikan operasi kami," kata beliau, yang menyertai perniagaan keluarganya selepas tamat pengajian dalam reka seni barang kemas di New York pada 2017.



Perniagaan keluarga itu diasaskan oleh moyang Cik Shanya - Balage Porolis de Silva - yang berasal dari Sri Lanka.



Encik de Silva datang ke Singapura pada usia 19 tahun untuk menjual batu permata dan kemudian membuka kedai B.P. de Silva Jewellers Atelier yang pertama di High Street pada 1872.



Sejak itu, perniagaan keluarga itu telah berkembang, dengan portfolio mereka hari ini merangkumi beberapa anak syarikat dan pelaburan - termasuk jenama hadiah mewah Asia, Risis; jenama jam mewah Swiss, Audemars Piguet; serta jenama teh premium, Tea Tang dan The 1872 Clipper Tea Co.



Di pusat SME, Cik Shanya berkata beliau bertemu dengan seorang penasihat perniagaan, di mana mereka berbincang tentang perniagaan itu dan langkah seterusnya bagi memperbaiki proses dan operasi syarikat.



Cik Shanya berkata beliau diberi saranan untuk mendapatkan sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) untuk memperkemaskan operasi harian syarikatnya itu seperti pengurusan inventori, akaun dan sumber manusia (HR).



Sistem ERP ialah sebuah sofwe pengurusan proses yang membolehkan syarikat menggunakan aplikasi bersepadu untuk mengendalikan perniagaan dan memanfaatkan automasi bagi pelbagai fungsi pejabat yang berkaitan dengan teknologi, perkhidmatan dan HR.



"Kami berjumpa dengan seorang peniaga yang boleh buat sistem ERP itu dan berikan huraian yang disesuaikan mengikut keperluan perniagaan.



"Beliau bekerjasama dengan kami untuk mencipta sistem ERP bagi perniagaan barang kemas yang boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan industri kami," kata Cik Shanya, sambil menambah bahawa sistem itu akan dilancarkan di tempat kerjanya tidak lama lagi.



Untuk membiayai kos melaksanakan sistem itu, Cik Shanya berkata mereka telah memanfaatkan Geran Pembangunan Perusahaan (EDG).



EDG menyediakan bantuan bagi firma yang ingin jalankan rombakan dan berkembang, dan menyokong projek yang membantu dalam peningkatan perniagaan, inovasi atau penyejagatan.



Geran itu memberi sokongan sehingga 70 peratus daripada projek yang layak, misalnya bayaran runding cara, peralatan dan sofwe serta kos tenaga kerja.



Di bawah geran itu, Cik Shanya berkata mereka berjaya mendapatkan sokongan pembiayaan 70 peratus bagi kos projek itu.



Memandang ke depan, Cik Shanya berharap mereka boleh mendapatkan seorang pengurus operasi dan menjadikan perniagaan lebih profesional.



"Sedang kami terus mengembangkan perniagaan, saya rasa penting untuk mempunyai disiplin dalam proses yang dilaksanakan.



"Dari segi dalaman, kami akan ambil masa untuk merancang dan berjinak-jinak dengan individu yang mahir dalam analitik," kata beliau.




  • Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >