Firma latihan Indonesia cedok ilmu rakan seindustri S'pura
Lawatan buka peluang kerjasama peniaga dua negara
Jan 09, 2016 | 05:30 AM
SEBANYAK 25 syarikat penyedia khidmat latihan Indonesia telah membuat lawatan ke Singapura untuk mencari peluang menjalin kerjasama serta menimba kepakaran daripada firma Melayu/Islam seindustri.
Hasil daripada kunjungan itu, beberapa bidang kerjasama berpotensi telah dibincangkan dan dijangka diterokai oleh kedua-dua pihak yang termasuk latihan dalam industri teknologi maklumat (IT).