Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30

Firma logistik manfaat teknologi bagi tingkat produktiviti

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma logistik manfaat teknologi bagi tingkat produktiviti

Jun 03, 2018 | 05:30 AM



APABILA Encik Syafiq Yusoff membentuk Riverwood Integrated Logistics Solutions lapan tahun lalu, beliau mempunyai empat pekerja dan dua van.



Saban tahun, perniagaan itu semakin berkembang dan kini mempunyai lebih 120 kakitangan dan 70 kenderaan seperti trak, van dan motosikal.



Pelanggannya juga pelbagai dari syarikat kecil dan sederhana (SME) hingga syarikat berbilang negara (MNC) seperti DHL dan SingPost.



Encik Syafiq akur beliau tidak boleh mengekalkan cara operasinya dijalankan seperti dulu tetapi perlu mempertingkat keupayaannya demi memenuhi operasi yang lebih canggih.



"Apabila syarikat saya kian berkembang, saya sedar saya perlu meningkatkan operasi perniagaan dengan memanfaat teknologi. Ia amat penting untuk saya memantau sumber dan pergerakan logistik kerana ia akan mempengaruhi aliran tunai,'' ujar Encik Syafiq, 34 tahun.



Syarikat kecil dan sederhana (SME)  boleh memanfaatkan Program Go Digital SME di bawah Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) untuk membangunkan keupayaan digital SME dengan lebih kukuh agar mereka dapat memanfaatkan pertumbuhan dalam ekonomi digital.



Riverwood telah melaksanakan invois elektronik yang membolehkan e-invois dibuat dan dihantar kepada pelanggan secara automatik.



"Sebelum ini, pekerja saya membuat invois secara manual tetapi selepas melaksanakan e-invois, ia dibuat secara automatik. Sistem juga memberikan peringatan untuk kita dan pelanggan, lantas menjimatkan masa, tenaga dan meningkatkan produktiviti kami,'' kata Encik Syafiq.



Selepas Perkhidmatan Negara (NS), beliau bekerja sebagai jurulatih jasmani peribadi di California Fitness selama enam tahun sebelum terdorong membuka perniagaan sendiri setelah mindanya terbuka kerana banyak bergaul dengan 'pelanggannya di California Fitness yang terdiri daripada bos-bos besar'.



Syarikat itu juga sedang dalam proses menggunakan teknologi termasuk kod QR dari mula inventori diterima, diuruskan di gudang dan seterusnya dikirimkan kepada pelanggan.



Ia membolehkan syarikat itu memantau pergerakan produk dan mengoptimumkan operasinya.



Penggunaan teknologi sistem kedudukan global (GPS) dipasang dalam kenderaannya membolehkan beliau memantau pergerakan kenderaannya di telefon bimbit, dan membolehkan sebilangan pelanggan mengetahui lokasi produk mereka bila-bila masa yang diinginkan.



Penggunaan teknologi itu amat penting lebih-lebih lagi kerana Riverwood sedang bersedia meluaskan khidmatnya dalam logistik halal, kata Encik Syafiq.



Syarikat itu juga bersedia meluaskan perniagaan ke luar negara dan sudah pun mendaftar syarikatnya di Malaysia di bawah nama Riverwood Solutions bagi membolehkan syarikat itu menyediakan khidmat logistik antara Singapura dengan Malaysia.



Dalam masa terdekat, beliau juga sedang dalam perancangan meluaskan perniagaan ke Indonesia.



Untuk maklumat lanjut mengenai Program SME Go Digital, lungsuri laman http://www.imda.gov.sg/SMEsGoDigital.



  • Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >