Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Firma minyak wangi dekati pelanggan dengan khidmat terbaik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma minyak wangi dekati pelanggan dengan khidmat terbaik

Aug 24, 2019 | 05:30 AM



MESKIPUN banyak syarikat yang menjual minyak pati, Cik Nooraini Selamat tidak gentar dengan persaingan.



Beliau tahu dengan khidmat yang baik bagi memasarkan produknya, beliau dapat menarik perhatian pelanggan.



Cik Nooraini atau lebih dikenali sebagai Ayreen, 37 tahun, pengurus We Make Scents Pte Ltd, berkongsi bagaimana beliau dan suaminya, Encik Erwan Shah Rahim, 38 tahun, memulakan perniagaan minyak pati sejak September lalu.



Minyak pati yang digemari oleh pelanggan mereka adalah Queen's Perfume bagi kaum wanita dan King's Perfume bagi kaum lelaki.



Dalam jangka masa 10 bulan memulakan perniagaan itu, lebih 2,000 botol minyak pati telah dijual.



"Alhamdulilah, sambutannya amat mengagumkan dan kami telah menjual lebih daripada 2,000 botol sejak kami mulakan perniagaan September lalu.



"Kami percaya perniagaan ini dapat berkembang lagi jika kami mempunyai alat tertentu dalam platform perniagaan kami," ujar Cik Nooraini.



Pasangan suami isteri yang mengendalikan syarikat itu juga percaya bahawa mereka harus menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.



Pasangan suami isteri ini juga melancarkan minyak wangi semburan yang diberi nama Sujood, yang membolehkan pelanggan menyembur minyak tersebut pada telekung atau sejadah.



Ia antara produk yang mendapat sambutan baik daripada pelanggan.



Produk Sujood itu adalah sebahagian daripada 'Projek Good Will Aid' bagi yang dilancarkan pada Ramadan lalu bagi membantu golongan memerlukan.



"Salah satu daripada rancangan kami adalah untuk bekerjasama dengan organisasi dan badan Islam untuk melihat bagaimana kami boleh memberi balik kepada masyarakat melalui kerja amal," kata Cik Nooraini.



Buat masa ini, mereka tidak mempunyai rancangan membuka kedai penjualan minyak pati kerana ingin memberi tumpuan yang penuh kepada perniagaan dalam talian dahulu.



"Mempunyai perniagaan dalam talian memberikan kededua pemilik dan pelanggan kemudahan dan fleksibiliti kerana ramai daripada kita sebenarnya sibuk dalam kehidupan harian kita.



"Wadah dalam talian juga membolehkan kami berinteraksi dengan pelanggan pada masa yang sesuai dan mereka dapat berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga tentang kami dengan mudah," tambah Cik Nooraini.



Pasangan itu memasarkan produk mereka melalui rangkaian dalam talian Facebook.



Mereka yang berminat boleh memperoleh produk We Make Scents di Facebook Ayreen Valley ataupun We Make Scents (Facebook Page).




FOKUS PERNIAGAAN DALAM TALIAN



"Mempunyai perniagaan dalam talian memberikan kededua pemilik dan pelanggan kemudahan dan fleksibiliti kerana ramai daripada kita sebenarnya sibuk dalam kehidupan harian kita.

Wadah dalam talian juga membolehkan kami berinteraksi dengan pelanggan pada masa yang sesuai dan mereka dapat berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga tentang kami dengan mudah."

- Cik Nooraini Selamat, pengurus We Make Scents Pte Ltd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >