EKONOMI
Firma setempat hasilkan permainan bertaraf dunia
Songbird Symphony bakal dilancar esok di seluruh dunia menerusi platform permainan seperti Nintendo Switch, Steam dan Playstation Network
Jul 24, 2019 | 05:30 AM
MELODI dan ritma mengiringi perjalanan seekor anak burung comel merentasi hutan belukar bagi mencari asal usulnya.
Menggabungkan elemen tersebut dengan ciri permainan 'berplatform' seperti Super Mario, permainan Songbird Symphony mengisahkan pengembaraan muzikal 'Birb' dalam menjejak identiti sebenarnya.