Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Firma urus hotel milik usahawan SG disenarai di Bursa Indonesia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma urus hotel milik usahawan SG disenarai di Bursa Indonesia

Hasil penyenaraian bolehkan jenama hotel Eastparc di Yogyakarta diperluas dengan pembinaan hotel empat bintang baru yang dijangka menelan kos $20 juta
Aug 12, 2019 | 05:30 AM



SETELAH enam tahun membuka hotel mewah lima bintang, Hotel Eastparc di Yogyakarta, peniaga mapan dari Singapura Encik Khalid Omar Abdat telah mengorak langkah menyenaraikan syarikatnya, PT Eastparc Hotel Tbk di papan utama Bursa Saham Indonesia baru-baru ini.



Dana diperolehi hasil penyenaraian itu akan digunakan bagi meluaskan perniagaan itu termasuk membuka sebuah hotel baru empat bintang, Eastparc Express Hotel, yang dijangka menelan kos $20 juta dan terletak bersebelahan dengan hotelnya yang sedia ada.



Pembinaan bagi hotel baru yang mempunyai 250 bilik itu dijangka dimulakan seawal lewat tahun depan. Hotel Eastparc yang ada ketika ini mempunyai 200 bilik.



Mengongsi perkembangan syarikat itu, Encik Khalid, 59 tahun, berkata rancangan menyenaraikan syarikat itu dilakukan bagi meningkatkan kedudukan syarikat dan mengumpulkan dana untuk perkembangan syarikat itu dari pasaran modal.



Sebanyak 10 peratus saham baru ditawarkan kepada pelabur hasil penyenaraian syarikat di Bursa Efek Indonesia pada 9 Julai lalu yang menjana dana sebanyak $5 juta.



Sebanyak 80 peratus pemilikan syarikat masih dimiliki Encik Khalid dan keluarganya, manakala 10 peratus dimiliki beberapa pelabur lain.



"Indonesia sedang melalui fasa perkembangan dan permintaan bagi bilik hotel amat tinggi dalam kalangan pelawat Indonesia sendiri. Sehingga 95 peratus pelanggan kami merupakan pelanggan domestik yang menginap di hotel kami sementara bakinya adalah dari luar negara termasuk pelancong Singapura.



"Dengan prasarana baru lebih baik yang dibangunkan di bawah Presiden Jokowi yang menghubungkan Yogyakarta dengan bandar utama di Indonesia, permintaan ini akan terus tumbuh,'' kongsi Encik Khalid.



Dalam tempoh dua tahun, Yogyakarta akan dihubungkan secara langsung dengan rangkaian lebuh raya nasional serta sebuah lapangan terbang baru. Beberapa lebuh raya baru akan dibina termasuk jalan tol yang menghubungkan Yogyakarta dengan Bawen dan Yogyakarta-Solo.



Sejak membuka Hotel Eastparc, sambutan menggalakkan diterima dan ia berjaya menarik purata 10,000 pelanggan setiap bulan.



Kebanyakan pelanggan menginap di hotel itu untuk tujuan mesyuarat, insentif, sidang dan pameran (Mice), serta pelawat wisata yang berkeluarga yang gemar menikmati kemudahan di sana seperti spa mewahnya dan zoo mini.



Sesuai dengan mutu Singapura yang tinggi, beliau juga meletakkan piawaian tinggi dalam menguruskan hotel itu.



Hotel Eastparc merupakan antara 10 hotel terbaik di Yogyakarta berdasarkan penilaian para pelancong dan pelawat dalam media sosial seperti Tripadvisor.



Ditanya mengapa hotel lima bintang itu tidak diluaskan sahaja, Encik Khalid berkata pasaran bagi hotel empat bintang yang dijangka diletakkan pada harga $70-80 malam ke atas bagi satu malam adalah lebih besar. Ketika ini, hotel lima bintangnya dipasarkan pada kadar $90-100 bagi satu malam.



"Selepas hotel baru itu siap yang dijadualkan pada 2022, pendapatan kami dijangka meningkat dari $6 juta tahun ini kepada $12 juta dan keuntungan sebelum cukai dari $1 juta kepada $2 juta," Encik Khalid, yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun menjalankan perniagaan di Yogyakarta.



Sebelum membuka hotel, beliau telah berurus niaga di Yogyakarta kerana mempunyai kilang pakaian di sana bagi membekalkan pakaian bagi butik Jelita di Singapura yang sebelum ini dimilikinya.



"Berniaga di Indonesia amat berbeza dari Singapura. Nasihat saya, dapatkan rakan kongsi setempat yang baik. Ia juga lebih baik jika kita sendiri tinggal di Yogyakarta seperti saya dan isteri yang tinggal di sini kerana kita dapat lebih memahami budaya kerja dan warganya,'' tambahnya.




" Indonesia sedang melalui fasa perkembangan dan permintaan bagi bilik hotel amat tinggi dalam kalangan pelawat Indonesia sendiri. Sehingga 95 peratus pelanggan kami merupakan pelanggan domestik yang menginap di hotel kami sementara bakinya adalah dari luar negara termasuk pelancong Singapura. .. Selepas hotel baru itu siap yang dijadualkan pada 2022, pendapatan kami dijangka meningkat dari $6 juta tahun ini kepada $12 juta dan keuntungan sebelum cukai dari $1 juta kepada $2 juta.

- Encik Khalid Omar Abdat, yang dilihat diwawancara media menyusuli majlis penyenaraian syarikatnya, PT Eastparc Hotel Tbk, di papan utama Bursa Efek Indonesia baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >