SYARIKAT progresif iaitu yang menunjukkan rancangan perniagaan yang baik dapat mengekalkan bakat asing yang berkemahiran selama dua tahun dalam tempoh peralihan bagi membolehkan bakat asing itu memindahkan kemahirannya kepada pekerja tempatan.
Mengumumkan demikian, Menteri Negara (Tenaga Manusia), Encik Teo Ser Luck, menegaskan ia bukan satu pusingan-U bagi dasar pengambilan pekerja asing Kementerian Tenaga Manusia (MOM) tetapi satu usaha membantu syarikat dalam peralihan yang dapat menunjukkan pelan perniagaan yang baik.