Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ford batal rancangan bina kilang kereta di Mexico lepas dimarahi Trump

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ford batal rancangan bina kilang kereta di Mexico lepas dimarahi Trump

Jan 04, 2017 | 10:35 AM



FLAT ROCK (Michigan): Ford Motor Co membatalkan pada Selasa (3 Jan) rancangan membina sebuah kilang kereta di Mexico dan mengumumkan akan menambah 700 pekerjaan di Michigan, selepas dikiritik bakal presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump.



Ini sedang Encik Trump mengalihkan perhatian ke arah General Motors Co dengan ancaman akan mengenaikan "cukai sempadan besar" berkaitan kereta kompak yang dibuatnya di Mexico.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ford, Encik Mark Fields, menggambarkan syarikatnya itu sebagai "undi yakin" pada Encik Trump, tetapi ia terutamanya merupakan respons terhadap pengurangan permintaan Amerika Utara bagi kereta kecil seperti yang seharusnya dibuat di kilangnya di Mexico.



Beliau berkata syarikat itu akan membuat keputusan yang sama sekalipun Encik Trump tidak dipilih menjadi presiden.



Aparil lalu, Ford mengumumkan iia akan membelanjakan AS$1.6 bilion ($2.3 bilion) untuk membina kilang baru di San Luis Potosi, Mexico.



Encik Trump telah menggesa syarikat itu supaya membatalkan projek tersebut, yang beliau sifatkan sebagai "kehinaan mutlak" semasa berkempen dalam pilihan raya presiden 8 Nov.



Tokoh Parti Republikan itu berkata jika dipilih, beliau tidak akan membenarkan Ford membuka kilang baru di Mexico dan akan mengenakan cukai besar ke atas kenderaan Ford yang diimport.



Pemerintah Mexico berkata ia kecewa dengan keputusan Ford itu dan telah memastikan syarikat itu akan membayar balik negara itu segala kos berkaitan pelaburan yang dibatalkan itu.



Ford, pengeluar kenderaan kedua terbesar di Amerika, juga mengumumkan ia akan melabur AS$700 juta di kilangnya di Flat Rock, Michigan dan membuat kenderaan elektrik, hibrid dan autonomi baru di sana.



Seramai 700 pekerja baru akan digajikan di sana mulai 2018.



Usaha Encik Trump menakut-nakutkan industri kereta Amerika menunjukkan beliau mungkin bertindak lebih jauh daripada presiden moden lain untuk cuba mempengaruhi keputusan korporat, terutamanya berkaitan perdagangan dan pelaburan.



Pelabur pada Selasa menjual saham Kansas City Southern Railway, sebuah syarikat yang sangat bergantung pada kegiatan penghantaran barangan merentasi sempadan Amerika-Mexico.



Sementara itu dalam pos Twitter jam sebelum pengumuman Ford, Encik Trump menulis: "General Motors sedang menghantar model Chevy Cruze buatan Mexico kepada penjual kereta - bebas cukai rentas sempadan. Buat di Amerika Syarikat atau bayar cukai sempadan besar!"



GM, pengeluar kereta terbesar Amerika, berkata membuat beberapa kereta Cruze di kilang di Coahuila, Mexico sebahagian daripada strateginya berkhidmat kepada pelanggan global, bukan menjualnya di Amerika.



Sejak memenangi pilihan raya, Encik Trump menyasarkan pelbagai syarikat lain Amerika, termasuk United Technologies Inc, Boeing Co dan Lockheed Martin Corp.



Sebelum ini, beliau berikrar untuk mengenakan terhadap syarikat yang mengalihkan pengeluaran dari Amerika ke negara lain cukai sebanyak 35 peratus ke atas eksport mereka ke Amerika. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >