Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Gaji minimum bagi Pas Pekerjaan dinakkan kepada $3,600 sebulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Gaji minimum bagi Pas Pekerjaan dinakkan kepada $3,600 sebulan

Jul 27, 2016 | 09:54 AM



MULAI Januari tahun depan, golongan profesional asing perlu dibayar sekurang-kurangnya $3,600 sebulan - meningkat daripada $3,300 sekarang - jika syarikat mahu mengajikan mereka di bawah Pas Pekerjaan (EP).

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata pada Selasa (26 Jul) ini seiring dengan kenaikan gaji tempatan, tetapi persatuan perniagaan bimbang syarikat boleh kehilangan daya saing kerana kos buruh semakin meningkat.

Perubahan itu juga bertujuan "mengekalkan mutu tenaga kerja asing dan meningkatkan kesalinglengkapan mereka dengan tenaga kerja tempatan", kata kementerian itu.

Kali terakhir gaji kelayakan EP dinaikkan ialah pada 2014, daripada $3,000, dan sebelum itu pada 2012, daripada $2,800.

Pekerja lebih berpengalaman juga perlu mendapat gaji lebih besar sepadan dengan kemahiran dan pengalaman kerja mereka.

Gaji permulaan lulusan universiti tempatan telah meningkat, mencapai $3,300 sebulan di median tahun lalu bagi lulusan Universiti Teknologi Nanyang, Universiti Nasional Singapura dan Universiti Pengurusan Singapura yang bekerja sepenuh masa, mengikut statistik MOM.

Majikan yang mahu memperbaharui EP sedia ada pekerja mereka akan mempunyai hampir setahun untuk menyesuaikan diri.

EP yang tamat sebelum 1 Jan boleh diperbaharui hingga tiga tahun berdasarkan kriteria sedia ada, dan yang akan tamat dalam tempoh 1 Jan hingga 30 Jun boleh diperbaharui hingga satu tahun berdasarkan kriteria sedia ada.

EP yang tamat dari Julai 1 tahun depan dan seterusnya perlu diperbaharui di bawah kriteria baru.

Terdapat 187,900 pemegang EP di sini pada Disember tahun lepas.

Majikan tidak perlu membayar levi atau mematuhi kuota untuk pekerja di bawah EP, tidak seperti pekerja S Pas atau permit kerja.

Perubahan terbaru kepada kriteria EP boleh membantu meningkatkan mutu keseluruhan tenaga kerja, kata pengarah eksekutif Persekutuan Majikan Nasional Singapura (SNEF), Encik Koh Juan Kiat.

"Kami menjangka majikan menjadi lebih ketat mengenai kelayakan, kemahiran dan pengalaman warga asing yang mereka gajikan," katanya.

Bagaimanapun, Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik ) Patrick Tay, memberi amaran dalam satu pos Facebook bahawa MOM perlu memantau majikan "yang melalui 'cara kreatif' menaikkan secara palsu gaji PME asing untuk memenuhi kriteria baru ini".

Syarikat-syarikat ini mungkin cuba "menaikkan" gaji dengan secara terlarang memasukkan tambahan, seperti elaun, katanya.

Kenaikan kelayakan gaji itu membuat beberapa wakil industri prihatin.

"Pelarasan ini akan meningkatkan kos pematuhan, terutamanya bagi industri yang menghadapi cabaran menggajikan pekerja mahir tempatan," kata presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina, Encik Thomas Chua, yang juga Anggota Parlimen Dicalonkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >