TIGA badan perniagaan di Singapura, Malaysia dan Indonesia telah bergabung bagi memperkenalkan sebuah gerbang Internet bagi pemadanan perniagaan di Asean.
Dihoskan oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), gerbang GetAsean.com juga melibatkan Dewan Perniagaan Jawa Tengah dan Pertubuhan Usahawan Muda Malaysia.