GIC labur $544 juta dalam syarikat runcit Indonesia, Berita Ekonomi & Kerja - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Ekonomi & Kerja0

GIC labur $544 juta dalam syarikat runcit Indonesia

Feb 24, 2016 | 01:13 PM

PERBADANAN Pelaburan Pemerintah (GIC) bersetuju untuk melabur 5.2 trilion rupiah ($544 juta) dalam PT Trans Retail, sebuah syarikat runcit yang dimiliki konglomerat Indonesia, CT Corp.

Kededua syarikat mengumumkan demikian dalam satu kenyataan hari ini, Rabu (24 Februari).

Trans Retail mengendalikan rangkaian pasar raya dan pusat-pusat runcit di bawah jenama Carrefour dan TRANSmart. 

Ketua Kumpulan Pelaburan Langsung Asia Tenggara GIC Amit Kunal berkata pelaburan tersebut mencerminkan keyakinan badan itu dalam potensi pertumbuhan jangka panjang Indonesia. 

Pengerusi CT Corp Chairul Tanjung berkata jalinan perkongsian dengan GIC merupakan "langkah penting ke hadaapn dalam membolehkan Trans Retail meluaskan rangkaian runcitnya dan merealisasikan visi menjadi sebuah peruncit utama pelbagai format, sekaligus merubah pengalaman pengguna Indonesia".

Discover Malay Home Based Businesses

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Try the new Halal Food Map