Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

GIC lantik CEO baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

GIC lantik CEO baru

Nov 22, 2016 | 08:52 AM



VETERAN pelaburan Lim Chow Kiat akan mengambil alih tampuk kepimpinan dana kekayaan negara GIC.



Encik Lim, 46 tahun, dilantik sebagai ketua eksekutif berkuat kuasa 1 Jan. Beliau kini timbalan presiden kumpulan merangkap ketua pegawai pelaburan, peranan yang diambil alihnya daripada seorang perintis GIC, Encik Ng Kok Song.



Beliau menyertai GIC pada 1993 sebagai pengurus portfolio selepas menamatkan pengajian dengan ijazah kepujian kelas pertama dalam bidang perakaunan dari Universiti Teknologi Nanyang.



Encik Lim membangunkan keupayaan pelaburan GIC dalam bon korporat dan bangkit untuk mengetuai jabatan pendapatan tetap, mata wang dan komoditi.



GIC turut mengumumkan pada Isnin (21 Nov) bahawa presiden kumpulannya, Encik Lim Siong Guan, akan bersara dan dilantik sebagai penasihat kepada jawatankuasa kerja Kumpulan GIC pada 1 Jan.



"Saya gembira dapat menyerahkan tampuk terkemuka GIC kepada Chow Kiat," kata Encik Lim Siong Guan, 69 tahun, pada Isnin.



"Chow Kiat datang dengan kelayakan pelaburan jelas untuk membawa GIC mara ke masa depan dan memimpin sebuah pertubuhan yang peka pada kemungkinan baru, lebih cepat dalam memanfaatkan peluang dan lincah dalam pelaksanaan."



Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang juga pengerusi GIC, berkata Encik Lim Siong Guan telah "memupuk satu generasi baru pemimpin profesional, membina struktur pertubuhan fit dan fleksibel, dan menyemai dalam pasukan GIC nilai-nilai dan cita-cita baik."



Beliau mengucapkan terima kasih kepada Encik Lim Siong Guan bagi pihak lembaga GIC, dan berkata ia mempunyai "keyakinan penuh" pada ketua eksekutif baru, Encik Lim Chow Kiat.



Encik Lim akan mengambil alih dalam persekitaran pelaburan mencabar.



Pada Julai, GIC memberi amaran mengenai persekitaran pelaburan sukar apabila ia mengumumkan kadar pulangan sebenar tahunan 20 tahunnya ialah 4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, turun daripada 4.9 peratus pada tahun sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >