SELEPAS spekulasi berbulan-bulan, akhirnya aplikasi pengangkutan Indonesia, Go-Jek, telah melancarkan satu portal dengan pemandu boleh mendaftar awal untuk menggunakan platformnya.
Dalam satu kenyataan semalam, firma itu menyatakan pemandu yang menawarkan maklumat peribadi akan menerima notifikasi daripada Go-Jek dengan butiran bagaimana untuk mendaftar dan menyertai platform itu apabila syarikat itu dilancarkan kelak.