Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Grab umum daya usaha latihan dan sokongan kerjaya untuk rakan pemandu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Grab umum daya usaha latihan dan sokongan kerjaya untuk rakan pemandu

Jun 11, 2020 | 12:45 PM



SYARIKAT khidmat pengangkutan, Grab Singapura, hari ini mengumumkan program latihan baru dan kewujudan kemudahan Portal Sokongan Kerjaya Grab untuk membantu rakan pemandu Grab menangani kesan Covid-19 terhadap kehidupan mereka.



Dalam kenyataannya, Grab berkata, ia berhasrat untuk menawarkan peluang kepada 2,000 hingga 3,000 rakan kongsi aktif untuk mengikuti program latihan atau sokongan kerjaya dalam enam bulan akan datang.



Program latihan terdiri daripada dua kursus untuk meningkatkan kemahiran dan menguasai kemahiran rakan pemandu yang berhasrat untuk terus memandu untuk jangka masa yang lebih lama. 



Ia dilancarkan dengan kerjasama Ngee Ann Polytechnic (NP) dan disokong oleh SkillsFuture Singapore (SSG), di bawah Pakej Sokongan Latihan yang Dipertingkatkan untuk Pemandu Satu Tempat ke Satu Tempat (Pemandu P2P). 



Bagi rakan pemandu yang ingin beralih dari pekerjaan itu, Portal Sokongan Kerjaya menyediakan wadah sehenti bersepadu dengan bimbingan kerjaya, kursus pengenalan dan pensijilan untuk membantu mereka meneroka peluang pekerjaan lain.



Sejak bermulanya wabak Covid-19, Singapura telah mengalami penurunan dalam jumlah penumpang yang mempengaruhi pendapatan rakan pemandu. 



Untuk membantu meningkatkan kedudukan kewangan mereka dalam tempoh ini, Grab telah meningkatkan sokongan untuk golongan rakan pemandu ini, termasuk sokongan bantuan melalui antara lain; Grab Weekly Cover, pengurangan kadar komisyen, serta pengecualian sewa. 



Grab juga telah memanfaatkan teknologi dan jangkauannya untuk mencipta peluang memperoleh pendapatan baru untuk rakan pemandu dengan memungkinkan ribuan memanfaatkan pekerjaan pengiriman atas permintaan di GrabFood, GrabMart dan GrabExpress.



"Dengan pendekatan bertahap untuk membuka kembali ekonomi kita, kami mengharapkan permintaan untuk khidmat pengangkutan Grab kembali meningkat secara bertahap. 



"Oleh itu, penting bagi kami membantu rakan-rakan pemandu kami untuk memperluas peluang pendapatan mereka untuk sementara waktu, agar mereka dapat terus memperoleh penghasilan yang layak di platform Grab dan juga di luarnya. 



"Melalui kursus latihan baru dan Portal Sokongan Kerjaya Grab, kami berharap dapat meningkatkan peluang pekerjaan rakan pemandu kami agar mereka dapat memanfaatkan peluang tersebut dengan lebih baik,” kata Pengarah Urusan Pengangkutan, Grab Singapura, Encik Andrew Chan, dalam kenyataan itu.



Menyentuh tentang usaha latihan dan bantuan pekerjaan, daya usaha ini menurut Grab telah dirancang untuk rakan pemandu yang punya tujuan dan pemikiran kerjaya berbeza. 



Dalam tinjauan ke atas 3,000 rakan pemandu, lebih daripada 70 peratus menyatakan mereka merancang untuk berhenti memandu setelah dua tahun. 



Selain itu, 1 dari 2 bersedia mengambil bahagian dalam latihan berkaitan kerjaya. Program latihan berkaitan IT dan pemasaran digital adalah dua kursus yang paling diminati oleh rakan pemandu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >