Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

GSA pelbagaikan niaga, kerah pekerja jalani latihan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

GSA pelbagaikan niaga, kerah pekerja jalani latihan

Pembatalan haji dan umrah akibat Covid-19 jejas syarikat, Amtas anggar kerugian sekurang-kurang $10 juta
May 19, 2020 | 05:30 AM



BEBERAPA ejen penjualan pakej umrah dan haji (GSA) sedang merancang mempelbagaikan perniagaan mereka dalam bidang baru seperti makanan dan khidmat keperluan masyarakat Islam setelah pendapatan mereka terjejas akibat pembatalan haji tahun ini.



Malah, mereka mengambil peluang dalam tempoh sepi ini untuk menghantar kakitangan mereka menjalani latihan dalam bidang-bidang seperti khidmat pelanggan dan pelancongan.



Sektor haji dan umrah dianggarkan kerugian sekurang-kurangnya $10 juta tahun ini akibat penularan Covid-19, menurut Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengumumkan minggu lalu bahawa rancangan haji buat 900 jemaah Singapura tahun ini akan ditunda kepada tahun depan.



Arab Saudi juga tidak membenarkan ibadah umrah buat masa ini disebabkan penularan Covid-19.



Muis berkata sebelum ini bahawa 2,000 jemaah umrah tidak dapat menunaikan umrah bulan Mac. Amtas menyatakan purata jemaah yang sudah pun mendaftarkan bagi umrah bagi bulan Mac hingga Ogos adalah 2,000 jemaah meskipun terdapat beberapa GSA yang mengambil lebih ramai jemaah mencapai 5,000.



"Berdasarkan purata pakej umrah sebanyak $3,500 seorang bagi 2,000 jemaah, jumlahnya sudah mencapai $7 juta dan ia belum mengambil kira GSA yang mengambil jemaah lebih ramai serta kerugian haji. Jumlahnya boleh mencecah lebih $10 juta,'' kata Ustaz Tengku Fouzy.



Syarikat TM Fouzy Travel & Tours sendiri menganggarkan akan kerugian sekitar $500,000 bagi tempoh antara Mac dan Disember tahun ini.



GSA menyatakan wang pendahuluan diberikan kepada syarikat penerbangan dan hotel tidak dapat dikembalikan kerana syarikat penerbangan dan hotel akan hanya memberikan kredit untuk digunakan pada masa akan datang.



"Disebabkan ketiadaan pendapatan, kami perlu fikir cara mempelbagaikan perniagaan bagi menampung perbelanjaan ketika ini. Kami akan mempelbagaikan perniagaan kami dalam bidang makanan sihat organik atau SuperFood yang akan dijual dalam talian. Ia adalah lanjutan kepada perniagaan pes siap segera Ayoobi yang sudah kami ceburi. Selain itu, kami juga akan mengembalikan perniagaan yang kami mulakan dulu sejak 1980-an iaitu menyediakan khidmat diperlukan orang Islam seperti korban, aqiqah, tahnik dan sebagainya,'' kata Pengarah Urusan Shahidah Travel & Tours, Haji Ayoob Angullia.



Di bawah perniagaan takaful ST&T International, beliau berharap memperkenalkan lebih banyak produk bagi SME misalnya, bagi melindungi serangan siber.



Pengarah Hamidah Travel and Tours Pte Ltd, Encik Badruzzaman Abdul Majid berkata syarikat perlu memikirkan perniagaan lain bagi menampung kerugian jika keadaan tidak bertambah baik sehingga November hingga Disember tahun ini.



"Yang membimbangkan, bukan sahaja haji dan umrah terjejas, wisata juga terjejas. Buat masa ini, kami dapat bertahan. Tetapi, jika keadaan berlarutan hingga November hingga Disember, kami perlu memikirkan cara menampung perbelanjaan.



"Kami sudah berbincang dan satu perniagaan yang boleh kami pertimbangkan ialah perniagaan makanan memandangkan anggota keluarga mempunyai pengalaman berniaga bidang makanan,'' ujar Encik Badruzzaman.



Dalam sebulan, beliau anggarkan perbelanjaan bulanan boleh mencecah $25,000.



Sementara itu, beberapa GSA seperti TM Fouzy, Hamidah Travel dan Shahidah Travel telah menggunakan masa ini untuk menghantar beberapa orang kakitangan mereka menjalani latihan.



Mereka telah menghantar mereka menjalani latihan di bawah Skim Gaji Tidak Kehadiran Dipertingkatkan (Enhanced Absentee Payroll Scheme) yang membolehkan majikan mengurangkan kos gaji bagi pekerja yang dihantar menjalani latihan.



Mereka menjalani latihan dalam talian di Akademi SSA dan memanfaatkan skim itu.



"Tempoh sepi ini saya menghantar mereka menjalani latihan dengan SSA dalam bidang-bidang seperti meningkatkan khidmat pengguna,'' kata Ustaz Tengku Fouzy.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSA Consulting Group Encik Suhaimi Salleh berkata: "Majikan akan mendapat sehingga $10 setiap jam latihan. Jadi, jika pekerja menghadiri kursus dua hari selama 16 jam, majikan boleh mendapat $160. Kemahiran pekerja juga dapat dipertingkatkan,'' kata Encik Suhaimi, sambil menyatakan skim itu akan berakhir sehingga 31 Disember ini.



Encik Badruzzaman yang bakal menghantar dua kakitangannya menjalani latihan, menyatakan skim itu amat berguna bagi membolehkan kakitangan meningkatkan kemahiran dalam tempoh sepi ini.




''Disebabkan ketiadaan pendapatan, kami perlu fikir cara mempelbagaikan perniagaan bagi menampung perbelanjaan ketika ini. Kami akan mempelbagaikan perniagaan kami dalam bidang makanan sihat organik atau SuperFood yang akan dijual dalam talian. Ia adalah lanjutan kepada perniagaan pes siap segera Ayoobi yang sudah kami ceburi.''
- Pengarah Urusan Shahidah Travel & Tours, Haji Ayoob Angullia




SEKILAS BANTUAN



- GSA atau firma lain boleh memanfaatkan Skim Gaji Tidak Kehadiran Dipertingkatkan (Enhanced Absentee Payroll Scheme) yang membolehkan majikan mengurangkan kos gaji bagi pekerja yang dihantar menjalani latihan.



- Di bawah SkillsFuture Singapore (SSG), majikan akan mendapat sehingga $10 setiap jam latihan. Jadi, jika pekerja menghadiri kursus dua hari selama 16 jam, majikan boleh mendapat $160.



- Skim ini akan berakhir sehingga 31 Disember ini. Akademi SSA merupakan antara syarikat yang menyediakan latihan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >