Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Guna geran untuk lanjutkan hayat mi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI BARU

Guna geran untuk lanjutkan hayat mi

Mar 18, 2018 | 05:30 AM



DARI mula syarikat pembuat mi halal setempat, Tan Seng Kee Foods Pte Ltd, menghasilkan beraneka mi seperti kuetiau dan mi kuning untuk dijual, satu cabaran yang mereka hadapi ialah tempoh jangka hayat mi yang pendek.



Oleh kerana mi segar itu hanya boleh tahan selama dua hari, pembaziran berlaku kerana mi tanpa bahan pengawet itu rosak dan tidak boleh dijual.



Pada 2010, syarikat itu mula melabur dalam penyelidikan dan pengembangan (R&D) dan mendapatkan saintis makanan bagi mengkaji cara melanjutkan tempoh hayat mi segar itu.



Melalui satu proses inovatif dikenali sebagai pasteurization yang meletakkan mi dalam suhu darjah panas setinggi 80 hingga 100 darjah Celsius, bakteria terdapat di mi segar itu dapat dibunuh, lantas membolehkan jangka hayat mi segar itu dilanjutkan.



"Hasil projek selama dua tahun itu, jangka hayat mi dihasilkan syarikat kami berupaya dilanjutkan selama sebulan jika disimpan dalam suhu darjah bilik dan enam bulan jika disimpan di peti sejuk.



"Dengan jangka hayat lebih lama itu, ia membuka peluang bagi kami mengeksport mi itu ke luar negara,'' kata Pengarah Eksekutif Tan Seng Kee Foods, Encik Raymond Tan, yang merupakan generasi ketiga yang meneruskan perniagaan yang dimulakan datuknya pada 1936.



Ia merupakan satu-satunya syarikat yang menggunakan proses itu di Singapura dan rantau ini.



Syarikat itu telah pun mengeksport mi mereka ke Amerika Syarikat, Eropah, New Zealand dan China.



Ia juga menjual kuetiau, laksa Hokkien laksa ke restoran dan hotel-hotel di Amiriah Arab Bersatu (UAE).



Syarikat itu menghasilkan mi itu di kilang mereka di Gourmet East Kitchen, yang dilengkapi dengan mesin automasi yang dapat menghasilkan 1,000 kilogram mi dalam sejam.



Lapan bulan selepas berpindah ke kilang itu di Bedok North pada 2004, Tan Seng Kee Foods juga mendapat sijil halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi memberi keyakinan kepada pelanggan Muslim di samping memudahkan syarikat itu menembusi pasaran negara Islam seperti Timur Tengah.



Pada 2016, Tan Seng Kee Foods juga memperkenalkan mi ekspres, Express Meal Kit, di bawah jenama Kang Kang yang menawarkan tiga perisa iaitu mi kari, mi udang dan laksa.



Selain mi segar yang jangka hayatnya dilanjutkan, bungkusan mi itu juga mengandungi rempah dalam paket.



"Dengan gaya hidup rakyat Singapura yang sibuk, kami memperkenalkan mi ekspres ini yang membolehkan pelanggan yang tidak mempunyai masa untuk memasak.



"Ia mudah disediakan dengan pantas dengan memasukkan mi dan rempah itu dalam air dan diletakkan dalam ketuhar gelombang mikro. Bungkusan itu juga sesuai buat pelajar yang belajar di luar negara," kata Encik Tan yang menyatakan mi ekpres itu juga telah dijual di luar negara seperti Eropah.



Akhir tahun lalu, syarikat itu juga melancarkan kotak hadiah makanan mengandungi mi ekpres itu di bawah Tasty Singapore di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi bagi membolehkan pelancong atau rakyat Singapura yang ke luar negara, membawanya sebagai hadiah.



Menurut Encik Raymond, syarikat itu telah mendapatkan Geran Pembangunan Keupayaan (CDG) di bawah Spring Singapore untuk melanjutkan jangka hayat mi, memperkenalkan mi ekspres dan memperkenalkan kotak hadiah makanan Tasty Singapore.



"Kami bekerjasama dengan Spring dalam inisiatif-inisiatif ini. Kami beruntung Spring amat aktif dalam membantu syarikat setempat untuk berkembang,'' tambah Encik Raymond.



  • Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >