Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Hampir 20 agensi pelancongan sertai semula pameran Natas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Hampir 20 agensi pelancongan sertai semula pameran Natas

Jan 06, 2017 | 11:02 AM



HAMPIR 20 agensi pelancongan, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan yang menubuhkan persatuan dan pameran pelancongan sendiri, telah 'berdamai' dengan Persatuan Agensi Pelancongan Nasional Singapura (Natas).



Agensi itu, termasuk pemain besar seperti Dynasty Travel dan CTC Travel, akan menyertai pameran Natas bulan depan dan bukan saingannya, Travel Revolution.



Ini bermakna pameran Natas dari 17 hingga 19 Feb di Dewan Expo Singapura 4 itu akan menjadi lebih besar.



Isu yang menyebabkan keretakan itu, termasuk sewa tinggi, kurang dapat bersuara mengenai cara pameran dianjurkan, dan ketelusan mengenai cara keuntungan daripada pameran digunakan, telah ditangani bagi pameran yang akan datang, kata Natas.



Sebuah jawatankuasa penganjur baru, terdiri daripada 10 syarikat pelancongan - separuh daripadanya yang berpaling tadah daripada Travel Revolution - akan membuat majoriti keputusan berkaitan pameran itu.



Sebelum ini, pameran dianjurkan oleh ahli jawatankuasa eksekutif Natas yang tidak semestinya peserta pameran.



Natas berkata ia telah menjelaskan kepada agensi pelancongan bahawa keuntungan daripada pameran digunakan sebagai subsidi pengiklanan dan diskaun bagi peserta berulang pameran.



Agensi lain yang pulang ke pangkuan Natas selepas dua tahun meninggalkannya termasuk Super Travels, Hong Thai Travel dan New Shan Travel.



Namun, pemain besar seperti Chan Brothers Travel, SA Tours and Holidays Apple akan terus menyertai Travel Revolution, yang diadakan di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands dari 24 hingga 26 Feb.



Persatuan Agensi Pelancongan Luar Singapura (Sotaa), yang menganjurkan Travel Revolution, berkata ia akan meneruskan pameran itu kerana mempunyai kontrak dua tahun dengan Marina Bay Sands.



Tetapi memandangkan hanya 11 agensi mengambil bahagian, pameran itu akan dikecilkan daripada tiga kepada dua dewan.



Presiden Sotaa, Cik Kay Swee Pin, yang juga pengarah urusan SA Tours, berkata beliau bertemu Natas September lalu untuk membincangkan pameran bersama tetapi ia tidak menjadi kenyataan.



Bayaran masuk tidak dikenakan bagi kedua-dua pameran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >