Harga apartmen, kondominium privet sudah siap naik 0.1% bulan lalu

HARGA apartmen dan kondominium privet yang sudah siap di Singapura meningkat sebanyak 0.1 peratus pada Disember berbanding bulan sebelumnya.

Ini merupakan kenaikan harga bulanan pertama bagi hartanah itu sejak Ogos 2018, menyusuli penurunan 0.5 peratus pada November.