Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Harga bagi flat jualan semula jatuh 0.3 peratus untuk Mac

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga bagi flat jualan semula jatuh 0.3 peratus untuk Mac

Apr 09, 2020 | 12:15 PM



 LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini mengumumkan bahawa harga bagi flat jualan semula jatuh 0.3 peratus untuk Mac tahun ini, berbanding bulan sebelumnya, di tengah-tengah penularan koronavirus. 



Bagaimanapun, lebih banyak flat bertukar tangan bulan lalu, peningkatan 16.8 peratus berbanding Februari, menurut perangkataan terkini yang didedahkan portal hartanah SRX hari ini.



Secara keseluruhan 1,948 flat jualan semula telah dijual bulan lalu. Jumlah ini berbeza dengan penurunan 13.1 peratus yang dicatatkan Februari untuk bulan sebelumnya. 



Jumlah itu juga adalah 17.6 peratus lebih tinggi bagi unit-unit terjual berbanding Mac tahun lalu. 



Berbanding Mac tahun lalu, harga Mac tahun ini adalah 0.7 peratus lebih tinggi. 



Sementara itu, harga bagi flat di estet belum matang telah meningkat 2 peratus sementara harga bagi flat di estet matang turun 1.2 peratus, berbanding bulan yang sama tahun lalu. 



Harga flat jualan semula termahal adalah sebuah flat lima bilik di Pinnacle@Duxton, yang dijual pada harga $1.2 juta. Sebuah flat eksekutif di Toh Guan Road telah dijual pada harga $818,000, harga tertinggi di sebuah estet belum matang. 



Terdapat lima flat jualan semula HDB yang dijual dengan harga sekurang-kurangnya $1 juta pada Mac lalu. 



Pembeli flat jualan semula pada Mac lalu rata-rata membayar harga taksiran. Secara keseluruhannya, tiada jualan mengatasi nilai taksiran (TOX) bagi Mac, penurunan sebanyak $2,000 pada Februari. 



TOX mengukur berapakah jumlah berlebihan yang dibayar seseorang pembeli (nilai positif) atau nilai lebih rendah dari harga taksiran (nilai negatif) yang dibayar bagi sesuatu hartanah berdasarkan nilai pasaran yang dihasilkan komputer.  Data ini termasuk kawasan dengan lebih 10 transaksi jualan bagi flat jualan semula. 



Flat-flat di Bukit Merah mencatat nilai median tertinggi TOX dengan nilai positif  $7,500, diikuti dengan flat di Jurong East, dengan nilai positif $6,000.



Sementara itu, flat di Bishan mencatat median terendah TOX, di paras negatif $21,500, diikuti flat di Clementi, dengan nilai bawah taksiran $13,500.



Dianggarkan 7,691 flat akan layak menyertai pasaran jualan semula HDB dalam tempoh tiga bulan mendatang, berdasarkan data SRX, sedang unit-unit ini mencapai tempoh pemilikan minimum 5 tahun yang ditetapkan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >